..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

..::MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM::..



MUAT TURUN MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM :
MUSHAF AL-QURAN TAJWID BESERTA TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN TAHUN 1443H

..::GALERI ALBUM PANITIA BAHASA ARAB SKBLM::..

                                                                                                                                                                                                                   

PENDEKATAN BEYBLADE BURST TARIK MINAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAJARI BAHASA ARAB DENGAN LEBIH SANTAI, SERONOK DAN TERHIBUR



HARIAN METRO ONLINE :
BEYBLADE BURST LONJAK SEMANGAT BELAJAR MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH
SEMINAR PINTAR BESTARI BAHASA ARAB 2022
BERSAMA DR. ABD RAZAK ABU CHIK (DR. ARABIC) KHUSUS UNTUK MURID SKBLM

.::(SABTU, 6 OGOS 2022)::.

.::BERSAMA MEMARTABAT & MEMPERKASAKAN BAHASA AL-QURAN.::.

..::MAKLUMAN TERKINI::..

Blog ini telah dikemaskini pada 16 April 2022.


.::Aktiviti Panitia Bahasa Arab SK Bandar Laguna Merbok Tahun 2022::.

Seminar Pintar Bestari Bahasa Arab 2022 Bersama Dr. Arabic.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 6 Ogos 2022.
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari.

Tempat :
Dewan Serbaguna SK Bandar Laguna Merbok.


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab Peringkat Sekolah Tahun 2022.

Hari : Ahad.
Tarikh : 23 Oktober 2022.
Masa : 7.45 Pagi - 8.15 Pagi.
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Bandar Laguna Merbok.


Bengkel Digital Classroom Panitia Pendidikan Islam/Bahasa Arab SKBLM Tahun 2022.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 5 November 2022.
Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari.
Tempat : Bilik Bestari j-QAF SK Bandar Laguna Merbok.


Klik sini :
Telegram Rasmi Ustaz Syahmi Beyblade (USB)


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Pendidikan Islam


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab

PENGUNJUNG SETIA BLOG RASMI MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN (GBA SK LAGUNA MERBOK)

25 November 2009

PAKAIAN DARIPADA KULIT BABI

Babi adalah binatang najis berdasarkan al-Qur`an dan Ijma’ para sahabat Nabi (Ijma’us Sahabat) (Prof Ali Raghib, Ahkamus Solat, hal. 33). Dalil najisnya babi adalah firman Allah SWT (yang bermaksud) :

"Katakanlah: ‘Tiadalah aku memperoleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali jika makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor (rijsun)." (TMQ Al-An’aam [6] : 145)

Jika binatang itu termasuk jenis yang najis (babi dan juga anjing), maka semua bahagian tubuhnya adalah najis, tidak kira sama ada dalam keadaan hidup ataupun mati. (Abdurrahman Al-Baghdadi, Babi Halal Babi Haram, hal. 47). Imam al-Kasani dalam kitabnya Bada’i’us Sana’i` fii Tartib asy-Syara’i’ (I/74) mengatakan bahawa babi adalah najis pada zatnya dan babi tidak dapat menjadi suci jika disamak.

Memang ada sebahagian ulama seperti Yusuf al-Qardhawi yang berpendapat bahawa kulit babi dan anjing akan menjadi suci jika sudah disamak. Dalilnya adalah hadis-hadis sabda Rasulullah SAW,

"Kulit apa pun jika sudah disamak, maka sesungguhnya ia menjadi bersih (suci)" [Arab : ayyumaa ihaabin dubigha fa-qad thahura].” (HR Muslim).

Al-Qardhawi mengatakan perkataan “kulit” (ihaab) dalam hadis Nabi tersebut mempunyai maksud umum meliputi kulit anjing dan babi, maka kedua-dua kulit itu akan menjadi suci jika sudah disamak. Yang berpendapat sedemikian adalah mazhab Zahiri, Imam Abu Yusuf dan diperkuatkan oleh Imam asy-Syaukani (Yusuf al-Qardhawi, Halal dan Haram dalam Islam (terj.), hal. 64).

Namun demikian, pendapat tersebut kurang dapat diterima kerana walaupun perkataan 'kulit' dalam hadis tersebut memang bermaksud umum, tetapi keumumannya telah dikecualikan (ditakhsis) dengan dalil-dalil syar’i yang lain. Dalam hal ini, berlaku kaedah usul fiqh : al-lafzhu alladzy yufiidul ‘umuum tu’khadzu dalaalatuhu fil-‘umum illa idza khushshihat (Lafaz [perkataan] yang bermakna umum diambil pengertiannya dalam keumumannya, kecuali jika terdapat dalil yang mentakhsisnya [mengecualikan keumumannya]). (‘Atha ibn Khalil, Taysir al-Wushul ila al-Ushul, hal. 219-220)

Dalil yang mengecualikan keumuman itu antara lain adalah ayat 145 surah Al-An’aam di atas yang menyatakan najisnya babi dan dalil hadis sahih yang menyatakan najisnya anjing. Sabda Rasulullah SAW,

"Untuk menyucikan wadah (bejana) seseorang di antara kamu jika dijilat anjing padanya, hendaklah ia cuci wadah itu tujuh kali, yang pertamanya (dicampur) dengan tanah." (HR Muslim). (Imam Shan’ani, Subulus Salam, I/22).

Maksudnya, kulit babi dan anjing tetap najis walaupun telah disamak, kerana terdapat dua dalil khusus di atas yang mengecualikan keumuman perkataan 'kulit' dalam hadis-hadis sebelumnya. Oleh itu, jelaslah bahawa membuat atau menggunakan kasut (atau pakaian lain) dari kulit babi adalah haram, sebab kulit babi walaupun sudah disamak tetaplah najis yang tidak boleh dimanfaatkan. Wallahua’lam.

No comments: