..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

SEMINAR PINTAR BESTARI BAHASA ARAB 2017
BERSAMA DR. ABD RAZAK ABU CHIK (DR. ARABIC)

.::(SABTU, 29 APRIL 2017)::.

.::ALHAMDULILLAH, BERJAYA DILAKSANAKAN.::.
LAWATAN PENANDAARASAN BAHASA ARAB & PENDIDIKAN ISLAM DARI SK KELANA JAYA 1
KE SK LAGUNA MERBOK TAHUN 2017

.::(SABTU, 06 MEI 2017)::.

ALHAMDULILLAH, PERKONGSIAN PINTAR & JARINGAN KERJASAMA KEDUA-DUA BUAH SEKOLAH BERJAYA DILAKSANAKAN.

..::MAKLUMAN TERKINI::..

Blog ini telah dikemaskini pada 09 Mac 2017.


.::Aktiviti Panitia Bahasa Arab SK Laguna Merbok Tahun 2017::.

Seminar Pintar Bestari Bahasa Arab 2017
Bersama Dr. Abd Razak Bin Abu Chik (Dr. Arabic)

Hari : Sabtu.
Tarikh : 29 April 2017.
Masa : 8.00 Pagi - 1.30 Tengah Hari.

Tempat :
Dewan Serbaguna SK Laguna Merbok.


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab Peringkat Sekolah Tahun 2017

Hari : Ahad.
Tarikh : 08 Oktober 2017.
Masa : 7.45 Pagi - 8.15 Pagi.
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Laguna Merbok.

.::MUAT TURUN TERKINI::.

1). DSKP Bahasa Arab Tahun 1 Kegunaan 2017

2). DSKP Pendidikan Islam Tahun 1 Kegunaan 2017


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Pendidikan Islam


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab

PENGUNJUNG SETIA BLOG RASMI MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN (GBA SK LAGUNA MERBOK)

~PERMAINAN INOVASI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB ABAD KE-21~

رحلة المعرفة

.::KEMENTA::.

~SEMINAR PINTAR BESTARI BAHASA ARAB 2016~

BERSAMA DR. ABD RAZAK BIN ABU CHIK (DR. ARABIC)

~PERMAINAN INOVASI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB ABAD KE-21~

BALANG AJAIB (BALIB)

~PERMAINAN INOVASI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB ABAD KE-21~

DAM INOVASI KERETA (DAMISTA)

30 March 2009

BOLEHKAH SOLAT DHUHA SECARA BERJAMAAH?

BOLEHKAH SOLAT DHUHA SECARA BERJAMAAH?



Solat Dhuha hukumnya sunnah muakkadah, paling sedikit dua rakaat dan sebanyak-banyaknya adalah lapan rakaat. Menurut Imam Ar-Rauyani dan Imam Ar-Rafi'i, sebanyak-banyaknya adalah dua belas rakaat. Dilakukan dengan dua rakaat satu salam. Waktunya adalah sejak terbitnya matahari hingga tergelincirnya matahari. (Imam Nawawi, Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, 4/35-36).

Memang pada umumnya solat sunat Dhuha dianggap para ulama sebagai solat sunat (tathawwu') yang tidak disunnahkan/disyariatkan secara berjamaah. (Imam Nawawi, Raudhah Ath-Thalibin, 1/122; As-Sayyid Al-Bakri, I'anah Ath-Thalibin, 1/272).

Namun demikian, sebahagian ulama telah meneliti kembali permasalahan tersebut. Dan mereka menemui dalil bahawa solat Dhuha boleh dilakukan secara berjamaah. Syaikh Mahmud Abdul Lathif 'Uwaidhah, misalnya, mengatakan, "Solat Dhuha ini dapat dilakukan secara sendirian dan juga secara berjama'ah." Beliau lalu menyebutkan dalilnya, iaitu hadis dari 'Itban bin Malik RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, dan Ibnu Khuzaimah. (Mahmud Abdul Lathif 'Uwaidhah, Al-Jami' li Ahkam Ash-Solah, 2/399).

Dalam kitab Fathul Bari (Syarah Shahih Bukhari) karya Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani, dinukilkan hadis 'Itban bin Malik ra tersebut, bahawa Rasulullah SAW telah melakukan solat Dhuha (subhata adh-dhuha) di rumahnya [rumah 'Itban bin Malik], lalu orang ramai berdiri di belakang beliau dan mereka pun solat dengan solat beliau. (fa-qaamuu waraa`ahu fa-shalluu bi-shalaatihi). (Ibnu Hajar Al-'Asqalani, Fathul Bari, 4/177).

Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani menjelaskan bahawa hadis di atas adalah hadis riwayat Imam Ahmad. Beliau juga menyatakan bahawa hadis yang semakna ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Ibnu Wahab bin Yunus RA. (Ibnu Hajar Al-'Asqalani, Fathul Bari, 4/177; HR Ahmad no 22657; Ibnu Khuzaimah no 1165).

Kitab lain yang menyatakan bolehnya solat Dhuha secara berjamaah adalah kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra (2/250), berdasarkan hadis 'A`idz bin Amr ra yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Thabrani. Dari 'A`idz bin Amr ra dia berkata, ''Suatu ketika air sedikit, maka Rasulullah SAW pun berwudhuk dengan air dalam satu gelas (qadah) atau satu mangkuk besar (jafnah). Lalu Rasulullah SAW menasihati kami kerana sedikitnya air ketika itu. Rasulullah SAW bersabda, 'Orang yang bahagia di antara kita adalah orang yang terkena musibah, tapi dia tidak memperlihatkan itu kepada kita. Kecuali kalau musibah itu sudah menimpa semua orang dalam satu kaum.' Kemudian Rasululullah SAW solat Dhuha bersama-sama kami (tsumma shalla binaa Rasulullah SAW adh-dhuha)." (HR Ahmad no 19721; Ath-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir, no 14462).

Berdasarkan dalil-dalil di atas, maka jelaslah bahawa melaksanakan solat sunat Dhuha secara berjamaah adalah boleh (ja`iz) menurut syara', dan bukan merupakan suatu bid'ah. Sebab Rasulullah SAW sendiri pernah melaksanakan solat sunat Dhuha secara berjamaah dengan para sahabatnya, ridhwanullahi 'alaihim. Wallahu a'lam.

25 March 2009

AMALAN SUNNAH UNTUK MERAIH SYURGA


Memelihara Wudhuk & Menggosok Gigi Setiap Kali Berwudhuk.

Dalilnya adalah hadis riwayat Ahmad dengan isnad yang hasan dari Abi Hurairah, ia berkata : Rasulullah saw. bersabda :


لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ بِوُضُوءٍ أَوْ مَعَ كُلِّ وُضُوءٍ سِوَاكٌ


“Jika tidak khuatir memberatkan umatku, maka pasti aku akan memerintahkan mereka berwudhuk untuk setiap solat dan menggosok gigi setiap kali berwudhuk.” Dalam satu riwayat mutafaq ‘alaih disebutkan :


لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي َلأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ


Jika aku tidak khuatir memberatkan umatku, maka pasti aku akan memerintahkan mereka menggosok gigi setiap kali berwudhuk.”


Solat Dua Raka’at setelah Bersuci


Hadis dari Abi hurairah –Mutafaq ‘alaih– sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda kepada Bilal :


يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي اْلإِسْلاَمِ فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ


“Wahai Bilal, beritahukanlah kepadaku amal yang paling engkau harapkan di dalam Islam, kerana aku telah mendengar ketukan kedua terompahmu di syurga. Bilal berkata: Aku tidak mengamalkan suatu amal yang paling aku harapkan selain sentiasa solat setiap kali selesai bersuci baik siang atau malam, selama solat diwajibkan kepadaku.”


Menjawab Azan


Dalilnya adalah hadis mutafaq ‘alaih diriwayatkan oleh Al-Hudri, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda :


إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ


“Jika kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkannya.”

Dalam satu riwayat Muslim dari Abdullah bin Amr bin Ash, dikatakan, sesungguhnya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda :


إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ


“Jika kalian mendengar azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkannya, kemudian bacalah selawat kepadaku. Kerana siapa saja yang berselawat kepadaku, maka Allah akan memberikan rahmat kepadanya sepuluh kali. Mintakanlah kepada Allah untukku darjat yang mulia di syurga kelak (al-wasilah), kerana al-wasilah adalah kedudukan di syurga yang tidak layak kecuali bagi hamba Allah. Dan aku berharap hamba Allah itu adalah aku. Siapa saja yang memintakannya untukku, maka dia berhak atas syafa’atku.”


Dalam hadis dari Jabir riwayat Bukhari, dikatakan, sesungguhnya Nabi saw. bersabda :


مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ


“Barangsiapa ketika mendengar azan mengucapkan: ’Ya Allah, Pemilik panggilan yang sempurna ini dan Pemilik solat yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad saw. wasilah dan fadhilah; kirimkan kepadanya kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan padanya’; maka pasti dia berhak atas syafa’atku di hari kiamat.”


Maksud sabda Nabi saw. حين سمع النداء (ketika mendengar azan) adalah setelah azan itu selesai dikumandangkan.


HUKUM PERNIKAHAN TANPA WALI


Hukum Pernikahan Tanpa Wali

Mengenai pernikahan tanpa wali; sesungguhnya Islam telah melarang seorang wanita menikah tanpa wali. Ketentuan ini didasarkan pada sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat Abu Musa ra; bahawasanya Rasulullah saw bersabda ;

لا نكاح إلا بولي

“Tidak sah suatu pernikahan tanpa seorang wali.” [HR yang lima kecuali Imam An Nasaaiy, lihat, Imam Asy Syaukani, Nailul Authar VI: 230 hadis ke 2648].

Berdasarkan dalalah al-iqtidha’, kata ”laa” pada hadis menunjukkan pengertian ‘tidak sah’, bukan sekadar ’tidak sempurna’ sebagaimana pendapat sebahagian ahli fikih. Makna seperti ini diperkuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda :

أيما امرأة نكحت بغير إذن وليها فنكاحها باطل, فنكاحها باطل , فنكاحها باطل

“Wanita mana pun yang menikah tanpa mendapat izin walinya, maka pernikahannya batil; pernikahannya batil; pernikahannya batil”. [HR yang lima kecuali Imam An Nasaaiy. Lihat, Imam Asy Syaukaniy, Nailul Authar VI: 230 hadits ke 2649].

Abu Hurairah ra juga meriwayatkan sebuah hadis, bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

لا تزوج المرأة المرأة لا تزوج نفسها فإن الزانية هي التي تزوج نفسها

”Seorang wanita tidak boleh menikahkan wanita lainnya. Seorang wanita juga tidak berhak menikahkan dirinya sendiri. Sebab, sesungguhnya wanita pezina itu adalah (seorang wanita) yang menikahkan dirinya sendiri”. [HR Ibn Majah dan Ad Daruquthniy. Lihat, Imam Asy Syaukaniy, Nailul Authar VI: 231 hadis ke 2649]

Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pernikahan tanpa wali adalah pernikahan batil. Oleh kerana itu, kes pernikahan tanpa wali dimasukkan ke dalam bab ta’zir, dan keputusan mengenai bentuk dan kadar hukumannya diserahkan sepenuhnya kepada seorang qadhi (hakim). Seorang hakim boleh menetapkan hukuman penjara, pengasingan, ataupun yang lainnya kepada pelaku pernikahan tanpa wali.

AMALAN SUNNAH MENUJU SYURGA



BERSELAWAT KE ATAS NABI SAW





Salah satu amalan sunnah yang akan membawa seorang muslim masuk ke syurga adalah berselawat ke atas Nabi saw. Hal ini berdasarkan firman Allah :



إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا



"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah Al-Ahzab [33]: 56)



Juga berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Abdullah bin Amru, bahawa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda:



«مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا»



“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan memberi rahmat sepuluh kali kepadanya kerana selawat itu.”





17 March 2009

INGIN BERKAHWIN, NAMUN TIDAK MEMPUNYAI WANG.

Islam bukanlah agama yang mempersulitkan seseorang, melainkan memberi kemudahan (yusrun), termasuk bagi orang miskin yang ingin berkahwin. Nabi SAW bersabda;"Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, dan tidaklah seseorang memperberat urusan agama, kecuali dia akan dikalahkan oleh agama." (HR Bukhari, no. 38).

Kemudahan itu nampak dalam penyelesaian berikut :

Pertama, Islam menetapkan bahawa kemiskinan bukanlah penghalang (mani') bagi orang miskin untuk berkahwin. Berkahwin hukumnya boleh bagi orang miskin, tidaklah haram. Kepada mereka, Allah SWT berfirman : "Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nuur : 32). Imam Ath-Thabari menafsirkan ayat ini bahawa;"Kemiskinan mereka tidaklah mencegah mereka untuk dinikahkan." (Tafsir Ath-Thabari, 19/166).

Kedua, Islam menganjurkan agar mahar seringan mungkin yakni tidaklah mahal. Nabi SAW bersabda;"Sebaik-baik mahar, adalah yang paling ringan [bagi laki-laki]." (HR Al-Hakim, Al-Mustadrak no. 2692). Mahar boleh berbentuk benda ('ain), atau dalam bentuk jasa (manfaat). Nabi SAW pernah bersabda kepada lelaki miskin yang akan menikah;"Carilah [mahar] walau hanya sebentuk cincin besi." Namun lelaki itu tidak mampu untuk mendapatkannya. Lalu Nabi SAW bertanya;"Apakah kamu menghafaz Al-Qur`an?" Lelaki itu menjawab;"Ya, surat ini dan surat itu." Lalu Nabi SAW menikahkan lelaki itu dengan mahar berupa hafazan surah yang dia miliki. (HR Malik no. 968, Bukhari no. 4740, An-Nasa`i no. 3306, Ahmad no. 21783).

Ketiga, Islam membolehkan seseorang berhutang (istiqradh) untuk mengatasi permasalahan ini. Berhutang hukumnya jaiz (boleh), kerana Nabi SAW juga pernah berhutang (istiqradh) kepada orang lain. (An-Nabhani, An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, h. 259).

Keempat, Islam juga membolehkan akad dhaman (jaminan), iaitu akad yang dilakukan seseorang untuk menggabungkan tanggungan pihak lain kepada tanggungan orang itu. (Rawwas Qal'ah Jie, Mu'jam Lughah Al-Fuqaha, h. 213). Kalau ada orang lain yang menjamin pembayaran mahar untuk isteri anda, ini dinamakan akad dhaman, dan ini boleh menurut syara'. (An-Nabhani, An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, h. 185).

Kelima, Islam memberikan penyelesaian berbentuk puasa, sebagai usaha menjaga kesucian diri (iffah). (An-Nabhani, An-Nizham Al-Ijtima'I fi Al-Islam, h. 97). Firman Allah : "Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nuur : 33). Sabda Nabi SAW,"Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu sudah sanggup berkahwin, maka kahwinlah. Kerana berkahwin itu lebih menjaga pandangan mata dan memelihara kemaluan. Kalau ia belum mampu, hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya." (HR Bukhari no. 4677, Muslim no. 2485)

Inilah sebahagian penyelesaian Islam, yang jika diamalkan akan dapat mengurangi beban pembiayaan nikah. Kadang-kadang seseorang memperberat dirinya dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, padahal itu tidak diwajibkan syara'. Misalnya kenduri, padahal kenduri hukumnya sunnah, tidak wajib. Demikian pula memberikan hadiah kepada calon isteri, hukumnya mubah, tidak wajib. Wallahu a'lam.



VIDEO PEMBELAJARAN BAHASA ARAB PRAKTIKAL

.::BERSAMA USTAZAH RIHAM::.

.::UPLOAD BAHAN::.

PERKONGSIAN BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

..::GALERI ALBUM SK LAGUNA MERBOK::..