..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

..::MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM::..



MUAT TURUN MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM :
MUSHAF AL-QURAN TAJWID BESERTA TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN TAHUN 1443H

..::GALERI ALBUM PANITIA BAHASA ARAB SKBLM::..

                                                                                                                                                                                                                   

PENDEKATAN BEYBLADE BURST TARIK MINAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAJARI BAHASA ARAB DENGAN LEBIH SANTAI, SERONOK DAN TERHIBUR



HARIAN METRO ONLINE :
BEYBLADE BURST LONJAK SEMANGAT BELAJAR MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH
SEMINAR PINTAR BESTARI BAHASA ARAB 2022
BERSAMA DR. ABD RAZAK ABU CHIK (DR. ARABIC) KHUSUS UNTUK MURID SKBLM

.::(SABTU, 6 OGOS 2022)::.

.::BERSAMA MEMARTABAT & MEMPERKASAKAN BAHASA AL-QURAN.::.

..::MAKLUMAN TERKINI::..

Blog ini telah dikemaskini pada 16 April 2022.


.::Aktiviti Panitia Bahasa Arab SK Bandar Laguna Merbok Tahun 2022::.

Seminar Pintar Bestari Bahasa Arab 2022 Bersama Dr. Arabic.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 6 Ogos 2022.
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari.

Tempat :
Dewan Serbaguna SK Bandar Laguna Merbok.


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab Peringkat Sekolah Tahun 2022.

Hari : Ahad.
Tarikh : 23 Oktober 2022.
Masa : 7.45 Pagi - 8.15 Pagi.
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Bandar Laguna Merbok.


Bengkel Digital Classroom Panitia Pendidikan Islam/Bahasa Arab SKBLM Tahun 2022.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 5 November 2022.
Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari.
Tempat : Bilik Bestari j-QAF SK Bandar Laguna Merbok.


Klik sini :
Telegram Rasmi Ustaz Syahmi Beyblade (USB)


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Pendidikan Islam


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab

PENGUNJUNG SETIA BLOG RASMI MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN (GBA SK LAGUNA MERBOK)

25 April 2009

AMALAN SUNNAH MENUJU SYURGA


Memberikan Pinjaman (al-Qardhu)


Berdasarkan hadis Abdullah bin Mas’ud, riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Baihaqi sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda:


«مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُقْرِضُ مُسْلِمًا قَرْضًا مَرَّتَيْنِ إِلاَّ كَانَ كَصَدَقَتِهَا مَرَّةً»


“Seorang muslim yang memberikan pinjaman dua kali kepada muslim yang lain, sama dengan bersedekah satu kali.”


Menangguhkan dan Membebaskan Hutang dari Orang yang Kesulitan untuk Membayarnya


Berdasarkan hadis muttafaq ‘alaih dari Huzaifah, ia berkata, aku mendengar Rasulullahs bersabda:


«إِنَّ رَجُلاً مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ أَتَاهُ مَلَكٌ لِيَقْبِضَ نَفْسَهُ فَقَالَ لَهُ هَلْ عَمِلْتَ مِنْ خَيْرٍ فَقَالَ مَا أَعْلَمُ قِيلَ لَهُ انْظُرْ قَالَ مَا أَعْلَمُ شَيْئًا غَيْرَ أَنِّي كُنْتُ أُبَايِعُ النَّاسَ وَأُجَازِفُهُمْ فَأُنْظِرُ الْمُعْسِرَ وَأَتَجَاوَزُ عَنْ الْمُوسِرِ فَأَدْخَلَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ الْجَنَّةَ»


“Sesungguhnya ada seseorang dari umat sebelum kalian telah didatangi Malaikat untuk dicabut nyawanya. Maka malaikat berkata: Apakah engkau pernah melakukan kebaikan? Orang tersebut berkata: Aku tidak tahu. Malaikat berkata: Berfikirlah engkau! Kemudian ia berkata: Aku tidak mengetahui sedikitpun perbuatan baik yang pernah aku lakukan. Hanya saja aku dulu pernah bertransaksi dengan seseorang di dunia. Kemudian aku menangguhkan dari orang yang punya dan membebaskan dari yang tidak punya.” Rasul bersabda: “Akhirnya Allah memasukkannya ke syurga.” Abu Mas’ud berkata: aku mendengar Beliau saw. mengatakan hal itu.


Memberi Makanan


Berdasarkan hadis muttafaq ‘alaih dari Abdullah bin Amru, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., “Islam yang manakah yang paling baik?” Rasulullah saw. bersabda:


«تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ»


“Memberikan makanan, mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal.”


Memberi Minum kepada Setiap yang Bernyawa


Berdasarkan hadis muttafaq ‘alaih dari Abi Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:


«بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنْ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ بِي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا فَقَالَ نَعَمْ فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ»


“Dulu ada seorang lelaki berjalan di jalanan yang sangat panas, kemudian ia terjumpa telaga. Ia pun turun ke dalamnya untuk minum, lalu keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidah dan meminum air liur kerana kehausan. Orang itu berkata: Anjing ini telah kehausan seperti aku. Kemudian ia turun ke telaga dan mengisi sepatunya dengan air, lalu ia gigit hingga naik ke atas sumur dan memberikan minum kepada anjing itu. Maka Allah pun bersyukur kepada orang tersebut dan mengampuninya. Para sahabat berkata: Apakah pada haiwan ada pahala bagi kita? Rasulullah saw. bersabda: Pada setiap perut yang basah (makhluk hidup) terdapat pahala.”

24 April 2009

APAKAH PERANAN GURU YANG SEBENARNYA?

Sebagaimana yang kita maklum bahawa pada 16 Mei setiap tahun, kaum guru seluruh negara menyambut perayaan hari guru sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap khidmat dan jasa bakti mereka.

Perayaan hari guru ini disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru.

Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.

Firman Allah taala di dalam Al-Quran :

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت

Maksudnya:“Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sesungguhnya peranan pendidik bukanlah terhad kepada kaum guru sahaja tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka adalah pendidik. Ini bermakna kita semua adalah pendidik.

Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.

2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.

3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:

يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور

Maksudnya:“Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)

Pada hari ini ada orang menganggap tugas mendidik tiada kaitan dengan peranan dan tanggungjawab kita. Jika tanggapan ini berterusan, kita bimbang penyakit sosial yang melanda remaja Islam hari ini semakin parah.

Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيت

Maksudnya:“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibubapa dan mereka yang bertanggungjawab di kampung atau di bandar khususnya Wakil Rakyat, Pemerintah dan Kerajaan sama-sama mengembeleng tenaga dengan memberi perhatian utama terhadap pendidikan anak-anak dan para remaja. Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu `alaihi wasallam, sejarah para Sahabat RA dan para Solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani.

Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:

1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع

Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم

Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.

2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik.Firman Allah taala:

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan keturunan.

Bagi mencapai matlamat murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan. Apabila ini telah dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.

23 April 2009

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.


Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF HARI GURU

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


IKRAR HARI GURU


Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU TEMA HARI GURU 2009


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Lagu Tema
butang Music Muzik & Vokal butang Music Muzik
Lagu Guru Malaysia
butang Music Muzik & Vokal butang Music Muzik

"TEMA HARI GURU MALAYSIA"

"TEMA HARI GURU MALAYSIA"



1). 2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2). 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

3). 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

4). 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

5). 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

6).2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

7). 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

8). 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

9). 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

10). 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

11). 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

12). 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

13). 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

14). 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

15). 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

16). 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

17). 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

18). 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

19). 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

20). 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

21). 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

22). 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

23). 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

24). 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

25). 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

26). 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

27). 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

28). 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

29). 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

30). 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

31). 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

32). 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

33). 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

34). 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

35). 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

36). 1975 Guru dan Pembangunan Negara

37). 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

38). 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

39). 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

16 April 2009

HUKUM KHITAN PEREMPUAN

Para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum khitan yang mana terbahagi kepada tiga pendapat, sebagaimana dihuraikan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Asy-Syinqithi dalam kitabnya Ahkamul Jirahah Ath-Thibbiyah wa Al-Atsar al-Mutarabbatu 'Alaiha, h. 161-162. Ringkasnya sebagai berikut :


Pertama, khitan hukumnya wajib atas laki-laki dan perempuan. Ini pendapat ulama Syafi'iyah, Hanabilah, dan sebahagian Malikiyah. (Imam Nawawi, Al-Majmu', 1/300; Ibnu Muflih, Al-Mubdi', 1/103; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, h.167).


Kedua, khitan hukumnya sunnah (tidak wajib) atas laki-laki dan juga perempuan. Ini pendapat ulama Hanafiyah, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Syaukani. (Imam Sarakhsi, Al-Mabsuth, 1/156; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, h.167; Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/85; Imam Syaukani, Nailul Authar, 1/294).

Ketiga, khitan wajib atas laki-laki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Ini pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain, sebahagian ulama Malikiyah, dan ulama Zhahiriyah. (Ibnu Muflih, Al-Mubdi', 1/104; An-Nafrawi, Al-Fawakih Ad-Dawani, 1/461, Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/217).


Daripada huraian di atas, jelas bahawa para fuqaha sepakat mengenai khitan bagi perempuan disyariatkan (masyru') dalam Islam. (Ibnu Hazm, Maratibul Ijma', 1/157). Memang ada perbezaan pendapat mengenai hukumnya berkisar antara wajib dan sunnah. Tapi, tidak ada satu pun para fuqaha yang berpendapat hukumnya makruh atau haram. (Nida Abu Ahmad, Hukm Al-Islam fi Khitan Al-Banin wa Al-Banat, h. 57; Abu Muhammad, Al-Khitan Syariah Ar-Rahman, h. 16).


Setelah meneliti dalil-dalilnya, yang kuat (rajih) menurut kami adalah pendapat ketiga, iaitu khitan wajib atas laki-laki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Imam Ibnu Qudamah menyatakan,"Adapun hukum khitan, hukumnya wajib atas laki-laki dan suatu kemuliaan (makrumah) atas perempuan, tidak wajib atas mereka." (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141).


Dalil wajibnya khitan laki-laki, antara lain sabda Nabi SAW kepada seorang laki-laki yang masuk Islam,"Buanglah darimu rambut kekufuran dan berkhitanlah." (alqi 'anka sya'ra al-kufr wa [i]khtatin) (HR Abu Dawud. Hadis hasan. Syaikh Al-Albani, Irwa'ul Ghalil, 1/120). Lafaz hadis "berkhitanlah" (ikhtatin) menunjukkan hukum wajib, dengan qarinah (indikasi) kalau laki-laki tidak berkhitan, tidak akan sempurna thaharah-nya ketika dia kencing. Padahal thaharah adalah wajib. Imam Ahmad berkata,"Jika seorang laki-laki tidak berkhitan, maka kulit akan menutupi hujung zakar dan tidak mampu membersihkan apa yang ada di sana." (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141).


Mengenai pensyariatan khitan perempuan, dalilnya antara lain, Nabi SAW pernah bersabda kepada para perempuan Anshar,"Hai para perempuan Anshar...hendaklah kamu berkhitan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong." (HR Al-Bazzar. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/221). Nabi SAW juga pernah bersabda kepada perempuan tukang khitan,"Jika kamu mengkhitan [perempuan], maka hendaklah kamu sisakan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong." (idza khafadhti fa-asymiy wa laa tanhakiy). (HR Abu Dawud. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/344).

Bagi yang mewajibkan khitan perempuan, kedua hadis di atas dianggap dalil wajibnya khitan atas perempuan, kerana kaidah ushuliyah menetapkan lafaz perintah (amr) menunjukkan hukum wajib (al-ashlu fi al-amr lil al-wujub). (Maryam Hindi, Khitan Al-Inats Baina Ulama Asy-Syariah wa Al-Uthaba, h. 59).


Namun, kaidah ushuliyah yang lebih sahih, lafaz perintah (amr) hanya menunjukkan tuntutan melakukan perbuatan (al-ashlu fi al-amr li ath-thalab), tidak automatik menunjukkan hukum wajib. Yang menentukan amr itu menunjukkan wajib atau mandub, adalah qarinah yang menyertai amr tersebut. (Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhsiyah Al-Islamiyah, 3/212).


Maka dari itu, hadis di atas hanya menunjukkan khitan perempuan adalah sunnah, bukan wajib. Sebab tidak terdapat qarinah yang menunjukkan kemestian melaksanakan perintah (amr) dalam hadis di atas. Tidak adanya qarinah yang menyertai suatu perintah, adalah qarinah bahawa perintah yang ada menunjukkan hukum sunnah (mandub). (Atha bin Khalil, Taisir Al-Wushul ila Al-Ushul, h. 25; M. Husain Abdullah, Al-Wadhih fi Ushul Al-Fiqh, h. 340).


Kesimpulannya, khitan bagi perempuan hukumnya sunnah, tidak wajib. Wallahu a'lam.

03 April 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2009


"MAJLIS TADARUS AL-QURAN"
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA / YAN
2009M / 1430H


HARI : SABTU
TARIKH : 28 MAC 2009
MASA : 8.30 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : SEK. MEN. KEBANGSAAN YAN


Untuk lihat gambar klik sini!

KUMPULAN KOMPANG SELAWAT SKGP

"TAHNIAH & SYABAS"











Sabtu, 28 Mac 2009 - Majlis Tadarus Al-Quran 2009, peringkat daerah Kuala Muda / Yan telah diadakan di SMK Yan, yang mana berbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya pertandingan kompang selawat, tilawah Al-Quran (kategori rendah / menengah), kuiz (kategori rendah / menengah), bercerita dari kisah-kisah Al-Quran (kategori rendah), pertandingan marhaban (kategori menengah) dan lain-lain lagi. Apapun pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan kompang selawat SK Gurun (P) kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga peringkat daerah. Kekalahan tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, namun demikian teruskan usaha anda untuk merangkul kejuaraan pada masa yang akan datang, Insya-Allah.

02 April 2009

ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN

1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.









2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.







Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda;





“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)





Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;





“ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim). Baca selanjutnya...!







01 April 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2009


"MAJLIS TADARUS AL-QURAN"
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA / YAN

2009M / 1430H



HARI : SABTU

TARIKH : 28 MAC 2009
MASA : 8.30 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : SEK. MEN. KEBANGSAAN YAN


Gambar 1 :

Para Ustaz/Ustazah sedang menguruskan pendaftaran para peserta sekolah rendah.



Gambar 2 :

Para Ustaz/Ustazah yang mengendalikan urusan pendaftaran para peserta sekolah menengah di meja pendaftaran.


Gambar 3 :

Para peserta kompang selawat dari SK Gurun (P) sedang menantikan giliran mereka untuk bertanding.





Gambar 4 :

Para juri hakim (tilawah Al-Quran) sedang mencatat markah para peserta.




Gambar 5 :

Seorang peserta wanita (tilawah Al-Quran) sedang mengalunkan bacaannya.



Gambar 5 :

Para peserta (tilawah Al-Quran) sedang menantikan giliran masing-masing.











Gambar 6 :

Para peserta (kompang selawat) sedang membuat persembahan, sekaligus memperlihatkan gaya dan formasi masing-masing.




Gambar 7 :

Para juri hakim (kompang selawat) sedang memerhati & menilai gaya persembahan, di samping mencatat markah para peserta.



Gambar 8 :

Para waris & guru sedang menyaksikan persembahan kompang selawat dari para peserta yang bertanding.





Gambar 9 :

Para pelajar yang hadir, sedang menyaksikan pertandingan marhaban sekolah menengah.




Gambar 10 :

Para juri hakim (marhaban - sekolah menengah) sedang menilai para peserta yang membuat persembahan di atas pentas.




Gambar 11 :

Para peserta (marhaban) sedang membuat persembahan di hadapan penonton, sambil dinilai oleh para juri hakim.




Gambar 12 :

Juru kuiz sedang mengajukan soalan kuiz kepada para peserta yang bertanding.



Gambar 13 :

Para juri hakim (kuiz - sekolah menengah) sedang mencatat markah para peserta.





Gambar 14 :

Para peserta (kuiz - sekolah menengah) sedang memberikan tumpuan kepada soalan-soalan yang diajukan oleh juru kuiz.





Gambar 15 :

Para peserta (tilawah Al-Quran - sekolah menengah) sedang menantikan giliran masing-masing.


Gambar 16 :

Peserta lelaki (tilawah Al-Quran - sekolah menengah) sedang menyampaikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sambil diperhati & didengari oleh para juri hakim yang membuat penilaian.




Gambar 17 :

Para juri hakim (tilawah Al-Quran - sekolah menengah) sedang mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh para peserta, sambil mencatat markah mereka.




Gambar 18 :

Para peserta (bercerita - sekolah rendah) sedang menantikan giliran masing-masing untuk menyampaikan persembahan mereka.




Gambar 19 :

Para juri hakim (bercerita - sekolah rendah) sedang menilai dan mencatat markah persembahan para peserta.



Gambar 20 :

Salah seorang peserta lelaki (bercerita - sekolah rendah) sedang membuat persembahan di hadapan para juri hakim.




Gambar 21 :

Para juri hakim (hafazan - sekolah rendah) sedang menilai hafazan Al-Quran yang disampaikan oleh para peserta.




Gambar 22 :

Salah seorang peserta lelaki (hafazan - sekolah rendah) sedang memperdengarkan hafazan ayat suci Al-Quran dihadapan para juri hakim.




Gambar 23 :

Para juri hakim (tilawah Al-Quran - sekolah rendah) sedang menghakimi
bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh para peserta.



Gambar 24 :

Para juri hakim (hafazan - sekolah menengah) sedang mendengar ayat-ayat hafazan yang disampaikan oleh para peserta.







Gambar 25 :

Ketibaan Tn. Hj. Ismail Bin Shaidan, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda / Yan disambut dengan paluan kompang.











Gambar 26 :

Para pegawai dan guru yang hadir menyaksikan acara perasmian penutup Majlis Tadarus Al-Quran 2009 yang disempurnakan oleh Tn. Hj. Ismail Bin Shaidan di dewan serbaguna SMK Yan.





Gambar 27 :

Para peserta berhimpun di dewan untuk menyaksikan upacara perasmian penutup, sekaligus menantikan keputusan masing-masing.





















Gambar 28 :

Upacara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tn. Hj. Ismail Bin Shaidan, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda / Yan.