..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

..::MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM::..



MUAT TURUN MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM :
MUSHAF AL-QURAN TAJWID BESERTA TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN TAHUN 1443H

..::GALERI ALBUM PANITIA BAHASA ARAB SKBLM::..

                                                                                                                                                                                                                   

PENDEKATAN BEYBLADE BURST TARIK MINAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAJARI BAHASA ARAB DENGAN LEBIH SANTAI, SERONOK DAN TERHIBUR



HARIAN METRO ONLINE :
BEYBLADE BURST LONJAK SEMANGAT BELAJAR MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH
SEMINAR PINTAR BESTARI BAHASA ARAB 2022
BERSAMA DR. ABD RAZAK ABU CHIK (DR. ARABIC) KHUSUS UNTUK MURID SKBLM

.::(SABTU, 6 OGOS 2022)::.

.::BERSAMA MEMARTABAT & MEMPERKASAKAN BAHASA AL-QURAN.::.

..::MAKLUMAN TERKINI::..

Blog ini telah dikemaskini pada 16 April 2022.


.::Aktiviti Panitia Bahasa Arab SK Bandar Laguna Merbok Tahun 2022::.

Seminar Pintar Bestari Bahasa Arab 2022 Bersama Dr. Arabic.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 6 Ogos 2022.
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari.

Tempat :
Dewan Serbaguna SK Bandar Laguna Merbok.


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab Peringkat Sekolah Tahun 2022.

Hari : Ahad.
Tarikh : 23 Oktober 2022.
Masa : 7.45 Pagi - 8.15 Pagi.
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Bandar Laguna Merbok.


Bengkel Digital Classroom Panitia Pendidikan Islam/Bahasa Arab SKBLM Tahun 2022.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 5 November 2022.
Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari.
Tempat : Bilik Bestari j-QAF SK Bandar Laguna Merbok.


Klik sini :
Telegram Rasmi Ustaz Syahmi Beyblade (USB)


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Pendidikan Islam


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab

PENGUNJUNG SETIA BLOG RASMI MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN (GBA SK LAGUNA MERBOK)

15 December 2011

11 December 2011

04 December 2011

PERLUASAN PROGRAM J-QAF KE SEKOLAH MENENGAH



PROGRAM J-QAF DI SEKOLAH MENENGAH MULAI PERTENGAHAN TAHUN DEPAN - MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengajaran Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) akan diperluaskan ke sekolah menengah mulai pertengahan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan J-Qaf di 4,747 sekolah rendah sejak tahun 2005, terbukti sangat berkesan apabila 94 peratus murid menguasai empat kemahiran iaitu Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.


"Untuk makluman, program perintis J-Qaf menengah akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2012 dan pelaksanaan sepenuhnya pada tahun 2013," katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini.


Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran juga akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat.


Beliau turut menyarankan sekolah agama rakyat agar berdaftar dengan kementerian bagi penyaluran bantuan yang lebih terancang, sekali gus dapat meningkatkan akses pendidikan Islam kepada ibu bapa yang mahu anak mereka mendapat pendidikan tersebut.


Muhyiddin berkata cadangan penubuhan sekolah kebangsaan agama peringkat sekolah rendah akan diperhalusi untuk memastikan keberkesanannya.


Mengenai Transformasi Sistem Pendidikan Vokasional, Muhyiddin berkata kementerian akan melaksanakan Pelan Tindakan Strategik sehingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu Fasa Lonjakan (2011-2013), Fasa Peningkatan (2014-2016) dan Fasa Pemerkasaan(2017-202).


"Untuk mencapai hasrat ini, kementerian telah merangka lima strategi, lima inisiatif dan 11 tindakan. Pelan Tindakan Strategi ini akan meletakkan Pendidikan Vokasional di peringkat sekolah bermula daripada tahun 2013 untuk sasaran kemasukan sebanyak 20 peratus pada tahun 2015 supaya setanding dengan negara serantau dan negara maju yang lain," katanya.


Dalam usaha untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam negara pada usia yang muda, Muhyiddin berkata pelajar akan didedahkan program asas vokasional di sekoleh menengah rendah iaitu di Tingkatan Satu hingga Tiga di sekolah menengah harian, di mana mereka akan diberi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Satu dan Dua di akhir Tingkatan Tiga.


"Sebagai projek perintis, sebanyak 15 sekolah menengah kebangsaan dikenal pasti untuk melaksanakan program ini pada tahun 2012. Sehingga kini, permohonan kemasukan telah melebihi 100 peratus di kebanyakan negeri," katanya.


Di peringkat sekolah menengah atas pula, Muhyiddin berkata sebanyak 38 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf kepada kolej vokasional dengan menawarkan program pengajian selama empat tahun untuk melayakkan mereka menerima Diploma Kolej Vokasional.


Beliau berkata Program Kolej Vokasional akan mengukuhkan kemahiran komunikasi, Bahasa Inggeris, 'school enterprise'(keusahawanan melalui sekolah) dan Kemahiran Insaniah.


"Kursus-kursus yang ditawarkan (di Kolej Vokasional) merupakan bidang yang diperlukan untuk enam ekonomi koridor negara dan bakal memenuhi permintaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya.


Katanya pengambilan pertama pelajar ke Kolej Vokasional akan dilakukan pada minggu pertama Januari 2012.


sumber : BERNAMA

15 November 2011

HARI KOKURIKULUM 2011




HARI KOKURIKULUM 2011

Hari : Isnin
Tarikh : 14 November 2011
Masa : 8.30 Pagi - 1.30 Tengah Hari
Tempat : SK Gurun (P).

 
Gambar 1 :
Gerai Persatuan Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia yang menjual pakaian bundle.



 
Gambar 2 :
Gerai satay Cikgu Ramli.



 
Gambar 3 :
Gerai ais krim Cikgu Sufian.



 
Gambar 4 :
Gerai Persatuan Puteri Islam yang menjual Nasi Tomato.



 
Gambar 5 :
Gerai Persatuan Pendidikan Islam yang menjual burger & kentang goreng.



 
Gambar 6 :
Gerai Persatuan Bulan Sabit Merah yang menjual air minuman, dadih, jeli kelapa, cup cake angry bird, nasi lemak dan lain-lain lagi.



 
Gambar 7 :

Gerai Persatuan Pandu Puteri yang menjual laksa, air minuman bergas dan rojak.



 
Gambar 8 :

Ustaz Yasir selaku DJ sempena Hari Kokurikulum peringkat sekolah sesi 2011.



 
Gambar 9 :
Hadiah-hadiah cabutan bertuah sempena Hari Kokurikulum 2011.



 
Gambar 10 :
Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan.



 
Gambar 11 :
Pemeriksaan mata secara percuma untuk seluruh warga SK Gurun (P) & para waris yang hadir.


  
Gambar 12 :
Koleksi pameran dari berbagai persatuan, kelab, sukan, permainan dan unit beruniform yang diadakan di dewan tahun 6.

  
Gambar 13 :
Para petugas kupon sedang menyiapkan kupon pembelian.
 

07 November 2011

MAJLIS QURBAN 1432H/2011M


MAJLIS PENYEMBELIHAN HAIWAN QURBAN PERINGKAT SK GURUN (P)
TAHUN 1432H/2011M

Hari : Selasa
Tarikh : 8 November 2011
Masa : 3.00 Petang
Tempat : SK Gurun (P).

MAJLIS KENDURI QURBAN PERINGKAT SK GURUN (P)
TAHUN 1432H/2011M


Hari : Rabu
Tarikh : 9 November 2011
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
Tempat : SK Gurun (P).



 


Gambar 1 :
3 ekor lembu yang akan dijadikan sembelihan qurban pada tahun 1432H, peringkat Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat.


Gambar 2 :
Tn. Hj. Ridzuan Bin Husein, Guru Besar SK Gurun (P) sedang menyembelih lembu yang pertama.


Gambar 3 :
Lembu yang pertama telah selesai disembelih oleh Guru Besar dan dibiarkan sementara waktu untuk membiarkan darahnya mengalir keluar sehingga habis sebelum dilapah kulit dan dipotong dagingnya.


Gambar 4 :
Para pertugas sembelihan haiwan qurban sedang menyucikan darah-darah lembu yang telah disembelih.


Gambar 5 :
Lembu sembelihan yang pertama telah bersiap sedia untuk dilapah kulit dan dipotong dagingnya.


Gambar 6 :
Para petugas sembelihan qurban sedang melapah kulit lembu yang telah disembelih.

Gambar 7 :
Guru Besar sedang menyembelih lembu yang ketiga. Di belakang beliau kelihatan 2 ekor lembu yang telah disembelih.


Gambar 8 :
Para petugas sedang melapah dan memotong daging lembu sembelihan qurban yang kedua.









Gambar 9 :


Para guru dan waris sedang bekerjasama memotong daging-daging qurban untuk diagihkan kepada para peserta qurban dan murid yang kurang berkemampuan.











Gambar 10 :
Warga-warga SK Gurun (P) sedang bekerjasama memotong daging-daging qurban untuk dimasak.


Gambar 11 :
Para murid SK Gurun (P) sedang bertakbir raya dan bertahlil beramai-beramai di dewan terbuka sempena Majlis Kenduri Qurban peringkat sekolah tahun 1432H/2011M.


 Gambar 12 :
Para guru selaku petugas-petugas masakan sempena Majlis Kenduri Qurban sedang bekerjasama dan bertungkus-lumus menyediakan masakan untuk seluruh warga SK Gurun (P).


Gambar 13 :
Proses penyediaan nasi daging.


 
Gambar 14 :
Proses penyediaan gulai/kari daging.



 


Gambar 15 :
Murid-murid sedang beratur untuk mengambil makanan.












 Gambar 16 :

Murid-murid sedang menikmati jamuan sempena Majlis Kenduri Qurban 1432H.





 




Gambar 17 :
Guru-guru sedang menyediakan makanan kepada murid-murid sekolah.










 


 Gambar 18 :
Guru-guru sedang menikmati juadah masakan qurban sempena Majlis Kenduri Qurban 1432H.