..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

..::MAKLUMAN TERKINI::..




~BLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA 1 MEI 2014~


(MUAT TURUN MODUL OFFLINE BAHASA ARAB TAHUN 1 KSSR)

KLIK SINI : MODUL OFFLINE BAHASA ARAB TAHUN 1 KSSR


(MUAT TURUN MODUL OFFLINE BAHASA ARAB TAHUN 2 KSSR)

KLIK SINI : MODUL OFFLINE BAHASA ARAB TAHUN 2 KSSR


(MUAT TURUN MODUL OFFLINE BAHASA ARAB TAHUN 3 KSSR)

KLIK SINI : MODUL OFFLINE BAHASA ARAB TAHUN 3 KSSR


(PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN)

HARI : AHAD - KHAMIS

TARIKH : 18 - 22 MEI 2014

MASA : 8.00 PAGI - 1.40 PETANG

TEMPAT : BILIK DARJAH, SK LAGUNA MERBOK.



..::RUANGAN IKLAN::..

SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENGIKLANKAN PRODUK DAN BARANGAN ANDA MELALUI BLOG INI, SILA BERHUBUNG MELALUI EMAIL YANG TERTERA : mohamad.syahmi.jqafskgp@gmail.com
____________________________________________

Laptop Second Hand Untuk Dijual, DELL VOSTRO RM800 (Nego). Untuk Maklumat Lanjut, Sila SMS Ke Nombor : 015-92430070
Natural
____________________________________________

Sony Handycam Second Hand Untuk Dijual, Model DCR-SR47E RM500+POSTAGE.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila SMS Ke Nombor : 015-92430070
Natural
____________________________________________

Rumah Untuk Dijual, Rumah Teres Corner Lot.
Beralamat Di No. 366B, Lorong 3, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Harga RM200,000.00. Maaf, gambar rumah belum dapat dari tuan rumah.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi En. Harun Budin di talian : 019-5281953

04 December 2011

PERLUASAN PROGRAM J-QAF KE SEKOLAH MENENGAH



PROGRAM J-QAF DI SEKOLAH MENENGAH MULAI PERTENGAHAN TAHUN DEPAN - MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengajaran Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) akan diperluaskan ke sekolah menengah mulai pertengahan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan J-Qaf di 4,747 sekolah rendah sejak tahun 2005, terbukti sangat berkesan apabila 94 peratus murid menguasai empat kemahiran iaitu Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.


"Untuk makluman, program perintis J-Qaf menengah akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2012 dan pelaksanaan sepenuhnya pada tahun 2013," katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini.


Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran juga akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat.


Beliau turut menyarankan sekolah agama rakyat agar berdaftar dengan kementerian bagi penyaluran bantuan yang lebih terancang, sekali gus dapat meningkatkan akses pendidikan Islam kepada ibu bapa yang mahu anak mereka mendapat pendidikan tersebut.


Muhyiddin berkata cadangan penubuhan sekolah kebangsaan agama peringkat sekolah rendah akan diperhalusi untuk memastikan keberkesanannya.


Mengenai Transformasi Sistem Pendidikan Vokasional, Muhyiddin berkata kementerian akan melaksanakan Pelan Tindakan Strategik sehingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu Fasa Lonjakan (2011-2013), Fasa Peningkatan (2014-2016) dan Fasa Pemerkasaan(2017-202).


"Untuk mencapai hasrat ini, kementerian telah merangka lima strategi, lima inisiatif dan 11 tindakan. Pelan Tindakan Strategi ini akan meletakkan Pendidikan Vokasional di peringkat sekolah bermula daripada tahun 2013 untuk sasaran kemasukan sebanyak 20 peratus pada tahun 2015 supaya setanding dengan negara serantau dan negara maju yang lain," katanya.


Dalam usaha untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam negara pada usia yang muda, Muhyiddin berkata pelajar akan didedahkan program asas vokasional di sekoleh menengah rendah iaitu di Tingkatan Satu hingga Tiga di sekolah menengah harian, di mana mereka akan diberi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Satu dan Dua di akhir Tingkatan Tiga.


"Sebagai projek perintis, sebanyak 15 sekolah menengah kebangsaan dikenal pasti untuk melaksanakan program ini pada tahun 2012. Sehingga kini, permohonan kemasukan telah melebihi 100 peratus di kebanyakan negeri," katanya.


Di peringkat sekolah menengah atas pula, Muhyiddin berkata sebanyak 38 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf kepada kolej vokasional dengan menawarkan program pengajian selama empat tahun untuk melayakkan mereka menerima Diploma Kolej Vokasional.


Beliau berkata Program Kolej Vokasional akan mengukuhkan kemahiran komunikasi, Bahasa Inggeris, 'school enterprise'(keusahawanan melalui sekolah) dan Kemahiran Insaniah.


"Kursus-kursus yang ditawarkan (di Kolej Vokasional) merupakan bidang yang diperlukan untuk enam ekonomi koridor negara dan bakal memenuhi permintaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya.


Katanya pengambilan pertama pelajar ke Kolej Vokasional akan dilakukan pada minggu pertama Januari 2012.


sumber : BERNAMA

No comments:

.::UPLOAD BAHAN::.

PERKONGSIAN BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

..::GALERI ALBUM SK LAGUNA MERBOK::..