..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

..::MAKLUMAN TERKINI::..




~BLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA 31 OKTOBER 2015~


(MUAT TURUN SOALAN PENTAKSIRAN SUMATIF 2 (BAHASA ARAB & JAWI) OKTOBER 2015

KLIK SINI : MUAT TURUN SOALAN PENTAKSIRAN SUMATIF 2 (BAHASA ARAB & JAWI) OKTOBER 2015


(MUAT TURUN BAHAN DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6)

KLIK SINI : MUAT TURUN BAHAN DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6


(MUAT TURUN BAHAN DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6)

KLIK SINI : MUAT TURUN BAHAN DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6


(UJIAN PENTAKSIRAN SUMATIF 2 BAHASA ARAB 2015)

~KERTAS 1 : UJIAN LISAN~

MULAI 29 SEPTEMBER 2015


(MINGGU BAHASA ARAB 2015)

HARI : AHAD - KHAMIS

TARIKH : 25 - 29 OKTOBER 2015

DIRASMIKAN OLEH :
TN. HJ. JAMALLUDDIN BIN SAID
PEGAWAI KHAS j-QAF, UNIT PENDIDIKAN ISLAM,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN, KEDAH DARUL AMAN.

26 February 2010

HADIS : KEISTIMEWAAN RASUL SAW




1. Rasulullah saw penghulu manusia

Maksud hadis : "Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda : " Akulah penghulu manusia pada hari kiamat." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Nabi saw mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah swt. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda saw.

2. Rasulullah saw sebagai rahmat

Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda, " Sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat. " (HR. Muslim)

3. Pendidik insan berakhlak mulia

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda, " Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik." (HR. Ahmad)
4. Keistimewaan pada penyampaian Rasulullah

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda , " Aku diutuskan dengan perkataan-perkataan yang ringkas dan padat. (HR. Al-Bukhari & Muslim)

5. Nabi saw mendahului ummatnya

Ertinya : Daripada Jundub bin Sufyan r.a, Nabi saw bersabda: " aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga." (HR. Al-Bukhari & Muslim)

6. Jaminan kemenangan

Ertinya : Daripada Thauban r.a, Nabi saw bersabda: " Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan meliputi keluasan bumi yang dihimpunkan kepadaku." (HR. Muslim)

7. Kesedaran untuk beramal

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda : "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis." (HR. Al-Bukhari)
8. Bumi sebagai masjid

Ertinya: Daripada Jabir r.a, Nabi saw bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci." (HR. al-Bukhari & Muslim)

9. Kesempurnaan syafaat Rasulullah saw

Ertinya : Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi saw bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat." (HR. Al-Bukhari & Muslim)

10. Pelbagai golongan mendapat syafaat

Maksudnya : Daripada Anas r.a, Nabi saw bersabda: " Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar." (HR. Abu Daud & At-Tirmizi)
11) Kelebihan selawat

Maksudnya: Daripada Abu HUrairahr.a, Nabi saw bersabda: " Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." (HR. Muslim)
12) Orang yang tidak berselawat dianggap bakhil

Maksudnya : Daripada Ali bin Abu Talib r.a, Nabi saw bersabda : " Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (HR. At-Tirmizi)

13) Ucapan salam untuk Rasulullah

Ertinya : Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansori ra, Nabi saw bersabda,"Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar di muka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku." (HR. Al-Nasa'i & Ibnu Hibban)

No comments:

.::UPLOAD BAHAN::.

PERKONGSIAN BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

..::GALERI ALBUM SK LAGUNA MERBOK::..