Buku Tafsir Mimpi Menurut Islam ini adalah karangan asal Imam Ibnu Sirin dan diterbitan oleh Darul Nu'man. Muhammad Bin Sirin lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Sirin. Beliau adalah seorang ulama. Di samping mendalami ilmu-ilmu tafsir, hadis dan ilmu-ilmu lainnya, beliau terkenal sebagai seorang pakar dan mahir dalam menafsirkan mimpi. Penafsiran mimpi yang dilakukannya banyak mengaitkan ayat-ayat Al-Quran, dan Hadis Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, di samping pengalamannya dalam menafsirkan mimpi.
Kebanyakan tafsiran mimpinya menjadi kenyataan dan bersesuaian dengan realiti yang terjadi. Sebagai contoh Hasan Basri pernah bermimpi menulis ayat Al-Quran pada kain. Setelah bangun dari tidurnya, beliau menceritakan mimpinya itu kepada Ibnu Sirin. Mendengar hal demikian, Ibnu Sirin berkata; "Takutlah kepada Allah, jangan tafsirkan Al-Quran mengikut pendapatmu sendiri kerana mimpimu itu menunjukkan bahawa engkau pernah berbuat demikian." Hasan Basri pun mengakui apa yang telah dikatakan oleh Ibnu Sirin itu.
Sehubungan itu, buku ini juga turut memuatkan berbagai jenis tafsiran mimpi, sama ada mimpi yang jarang berlaku kepada orang awam, mahupun mimpi yang sering berlaku kepada orang awam. Topik-topik yang terdapat di dalamnya, terbahagi kepada 29 bab. Untuk mengetahuinya, dapatkan buku berkenaan di kedai-kedai buku berhampiran anda.
No comments:
Post a Comment