..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

..::MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM::..



MUAT TURUN MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM :
MUSHAF AL-QURAN TAJWID BESERTA TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN TAHUN 1443H

..::GALERI ALBUM PANITIA BAHASA ARAB SKBLM::..

                                                                                                                                                                                                                   

PENDEKATAN BEYBLADE BURST TARIK MINAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAJARI BAHASA ARAB DENGAN LEBIH SANTAI, SERONOK DAN TERHIBUR



HARIAN METRO ONLINE :
BEYBLADE BURST LONJAK SEMANGAT BELAJAR MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH
SEMINAR PINTAR BESTARI BAHASA ARAB 2022
BERSAMA DR. ABD RAZAK ABU CHIK (DR. ARABIC) KHUSUS UNTUK MURID SKBLM

.::(SABTU, 6 OGOS 2022)::.

.::BERSAMA MEMARTABAT & MEMPERKASAKAN BAHASA AL-QURAN.::.

..::MAKLUMAN TERKINI::..

Blog ini telah dikemaskini pada 16 April 2022.


.::Aktiviti Panitia Bahasa Arab SK Bandar Laguna Merbok Tahun 2022::.

Seminar Pintar Bestari Bahasa Arab 2022 Bersama Dr. Arabic.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 6 Ogos 2022.
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari.

Tempat :
Dewan Serbaguna SK Bandar Laguna Merbok.


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab Peringkat Sekolah Tahun 2022.

Hari : Ahad.
Tarikh : 23 Oktober 2022.
Masa : 7.45 Pagi - 8.15 Pagi.
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Bandar Laguna Merbok.


Bengkel Digital Classroom Panitia Pendidikan Islam/Bahasa Arab SKBLM Tahun 2022.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 5 November 2022.
Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari.
Tempat : Bilik Bestari j-QAF SK Bandar Laguna Merbok.


Klik sini :
Telegram Rasmi Ustaz Syahmi Beyblade (USB)


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Pendidikan Islam


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab

PENGUNJUNG SETIA BLOG RASMI MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN (GBA SK LAGUNA MERBOK)

04 January 2009

MENGUASAI PERIHAL JAWI


Menguasai Perihal Jawi

Oleh : Tarmizi Abdul Rahim


TULISAN jawi begitu sinonim dengan bangsa Melayu, malah disedari atau tidak ia terlalu istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja berbanding tulisan rumi yang digunakan secara meluas dalam pelbagai medium bahasa.


Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1303 menjadi asas penting kewujudan tulisan jawi di negara ini. Ia membuktikan bahawa tulisan tersebut sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui pada akhir abad ke 19.


Ia yang berasal daripada tulisan Arab ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara dan terus berkembang serta mendapat kedudukan yang tinggi di negara ini terutamanya semasa penjajahan British dahulu.


Seterusnya, bermula awal abad ke-20, ia menjadi medium utama dalam institusi akhbar di Tanah Melayu bagi menyebarkan pelbagai maklumat dan meniup api kebebasan kepada rakyat sehingga negara mencapai kemerdekaan.


Selari dengan perkembangan semasa, penggunaan dan pengaruh tulisan jawi semakin terhakis dan dilupakan sehingga terdapat segelintir warganegara yang tidak tahu membaca dan menulis jawi.


Menyedari kepincangan ini memandangkan tulisan itu merupakan warisan Melayu dan juga sebagai salah satu medium pembelajaran agama, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2004 telah memperkenalkan pembelajaran tulisan jawi melalui program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sekolah rendah.


Program tersebut menampakkan hasil memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah 'celik jawi' berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut. Langkah itu adalah bagi menambah baik pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melahirkan generasi kepimpinan yang lengkap duniawi dan ukhrawi.


Usaha penerbitan buku ini, Mari Baca Jawi yang disesuaikan dengan sukatan j-QAF dan mensasarkan kepada murid sekolah rendah dan tadika, adalah bertepatan dengan masanya.


Buku ini mempunyai tarikan tersendiri seperti penggunaan warna yang pelbagai, tulisan jawi besar 'khat nasakh' dan penggunaan objek contoh dalam medium kartun yang bukan sahaja akan menarik perhatian kumpulan sasar tetapi turut menggamit minat orang dewasa.


Berdasarkan kepada tinjauan dan pengalaman penulis mengajar sendiri di sekolah rendah, maka terhasillah buku ini yang mengetengahkan lima jenis penguasaan kemahiran bersesuaian dengan tiga kumpulan pelajar iaitu cerdik, sederhana dan lemah.


Pendekatan yang digunakan dalam buku ini ialah 'Teori Biji Benih' di mana pelajar akan melihat bagaimana perkataan yang terbina daripada huruf tunggal menjadi suku kata dan seterusnya menjadi perkataan.


Ia berkait rapat dengan lima teknik penguasaan kemahiran yang diterapkan, bermula dengan pengenalan dan pengecaman huruf tunggal dengan bantuan gambar yang dipadankan dengan permulaan sebutan objek gambar itu.


Peringkat kedua dan ketiga, pendedahan kemahiran sifir suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan perkataan lazim yang sering digunakan dalam seharian; kemahiran membina perkataan daripada suku kata yang telah dikuasai dan akhir sekali para pelajar akan diajar membaca cerita yang dibina daripada perkataan-perkataan mudah yang dibantu pecahan dua warna berlainan.


Buku ini merupakan jilid pertama yang bertindak sebagai pendedahan sebelum disusuli dengan jilid kedua dalam masa terdekat.


Sumber : Utusan Malaysia

No comments: