KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE-26 TAHUN 2012
Hari : Rabu
Tarikh : 27 Jun 2012
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Padang SK Gurun (P).
Gambar 1 :
Acara perbarisan dan tabik hormat yang diwakili oleh
kontinjen-kontinjen rumah sukan masing-masing sempena Kejohanan Balapan &
Padang Kali Ke-26, tahun 2012.
Gambar 2 :
Bacaan doa pembukaan
majlis yang dibaca oleh adik Ikmal Hakim Bin Rosagan.
Gambar 3 :
Bacaan lafaz ikrar
yang dipimpin oleh adik Muhd Aiman Bin Nadzari, yang juga merupakan ketua
pengawas SK Gurun (P) sesi 2012.
Gambar 4 :
Ucapan perasmian
pembukaan Majlis Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 telah disempurnakan
oleh Dr. Leong, YB Ahli Parlimen Jerai.
Gambar 6 :
Kelihatan berbagai maskot dan kostum yang telah
diperagakan oleh setiap rumah sukan sempena kejohanan balapan & padang kali
ini.
Gambar 7 :
Para hakim dan
petugas acara balapan & padang yang penuh komited dalam menjayakan acara
kejohanan sukan pada kali ini.
Gambar 8 :
Acara-acara yang
telah berlangsung sempena kejohanan sukan kali ini iaitu 100M, 200M, 4X100M,
4X200M & tarik tali.
Gambar 9 :
Para waris yang hadir
turut melibatkan diri dalam acara melontar span getah pada hari kejohanan
berkenaan.
Gambar 10 :
Nur Fatahiah telah dinobatkan sebagai Olahragawati sesi 2012, manakala Muhd
Azman pula telah dinobatkan sebagai olahragawan sesi 2012.
Gambar 11 :
Detik penantian yang
penuh debaran bagi keempat-empat buah rumah sukan yang sedang menantikan
pengumuman dari pengacara majlis untuk johan keseluruhan 2012 bagi acara
Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 ini.
Gambar 12 :
Akhirnya, rumah wira
telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada kejohanan balapan & padang
kali ke-26 ini.
Gambar 14 :
Ucapan perasmian
penutup sempena Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 ini telah
disempurnakan oleh Cikgu Mislan Bin Mat, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Gurun
(P).