..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

..::MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM::..



MUAT TURUN MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM :
MUSHAF AL-QURAN TAJWID BESERTA TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN TAHUN 1443H

..::GALERI ALBUM PANITIA BAHASA ARAB SKBLM::..

                                                                                                                                                                                                                   

PENDEKATAN BEYBLADE BURST TARIK MINAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAJARI BAHASA ARAB DENGAN LEBIH SANTAI, SERONOK DAN TERHIBUR



HARIAN METRO ONLINE :
BEYBLADE BURST LONJAK SEMANGAT BELAJAR MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH
SEMINAR PINTAR BESTARI BAHASA ARAB 2022
BERSAMA DR. ABD RAZAK ABU CHIK (DR. ARABIC) KHUSUS UNTUK MURID SKBLM

.::(SABTU, 6 OGOS 2022)::.

.::BERSAMA MEMARTABAT & MEMPERKASAKAN BAHASA AL-QURAN.::.

..::MAKLUMAN TERKINI::..

Blog ini telah dikemaskini pada 16 April 2022.


.::Aktiviti Panitia Bahasa Arab SK Bandar Laguna Merbok Tahun 2022::.

Seminar Pintar Bestari Bahasa Arab 2022 Bersama Dr. Arabic.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 6 Ogos 2022.
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari.

Tempat :
Dewan Serbaguna SK Bandar Laguna Merbok.


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab Peringkat Sekolah Tahun 2022.

Hari : Ahad.
Tarikh : 23 Oktober 2022.
Masa : 7.45 Pagi - 8.15 Pagi.
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Bandar Laguna Merbok.


Bengkel Digital Classroom Panitia Pendidikan Islam/Bahasa Arab SKBLM Tahun 2022.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 5 November 2022.
Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari.
Tempat : Bilik Bestari j-QAF SK Bandar Laguna Merbok.


Klik sini :
Telegram Rasmi Ustaz Syahmi Beyblade (USB)


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Pendidikan Islam


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab

PENGUNJUNG SETIA BLOG RASMI MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN (GBA SK LAGUNA MERBOK)

Showing posts with label INFO BUKU. Show all posts
Showing posts with label INFO BUKU. Show all posts

22 August 2011

BUKU CELIK BAHASA ARAB







 Untuk tempahan Buku Celik Bahasa Arab, Perbualan Mudah Bahasa Arab & VCD Jomla Berhibur, sila berhubung terus dengan Ustaz Ali di talian 013-4521772/013-4735122.

04 March 2010

BUKU 100 KISAH MENAKJUBKAN



Buku bertajuk "100 Kisah-Kisah Menakjubkan" ini adalah karya asal Manshur Ibn Nashir Al-Iwaji yang bertajuk "عجائب القصص" . Karya asal ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Khoirul Amru Harahap dan diterbitkan oleh Berlian Publications Sdn. Bhd. Buku ini memuatkan 100 kisah-kisah menakjubkan dan mengandungi 287 halaman muka surat. Bagus untuk dibaca oleh setiap individu, khususnya para pelajar sekolah. Harganya cuma RM16.50 sahaja. Dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran anda. Kisah-kisah yang dimuatkan dalam buku ini, memang menarik.

~BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA~

BUKU ADAB KEPADA AL-QURAN



Buku bertajuk "Adab Kepada Al-Quran" ini adalah karya asal Imam An-Nawawi yang bertajuk "التبيان في اداب حملة القرءان" . Karya asal ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Ramadhan Hakim dan diterbitkan oleh Jasmin Enterprise. Buku ini memuatkan 9  bab dan mengandungi 186 halaman muka surat. Bagus untuk dibaca oleh setiap individu dalam rangka mendalami adab-adab yang berkaitan dengan belajar, mengajar, membaca dan menghafaz Al-Quran. Harganya cuma RM10 sahaja. Dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran anda.

~BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA~

BUKU MUHAMMAD BERCERITA TENTANG DIRINYA



Buku bertajuk "Muhammad Bercerita Tentang Dirinya" ini adalah karya asal Muhammad Sadiq Al-Mansyawi yang bertajuk "الحبيب محمد يتحدث عن نفسه" terbitan Mesir . Karya asal ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Hj. Surendri dan diterbitkan oleh Berlian Publications Sdn. Bhd. Buku ini memuatkan 159 tajuk-tajuk kecil dan mengandungi 154 halaman muka surat. Bagus untuk dibaca oleh setiap individu, khususnya para pelajar sekolah dalam rangka memupuk kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 'Alalihi Wa Sallam. Harganya cuma RM10 sahaja. Dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran anda.

~BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA~

18 February 2010

BUKU TAFSIR MIMPI MENURUT ISLAM




Buku Tafsir Mimpi Menurut Islam ini adalah karangan asal Imam Ibnu Sirin dan diterbitan oleh Darul Nu'man. Muhammad Bin Sirin lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Sirin. Beliau adalah seorang ulama. Di samping mendalami ilmu-ilmu tafsir, hadis dan ilmu-ilmu lainnya, beliau terkenal sebagai seorang pakar dan mahir dalam menafsirkan mimpi. Penafsiran mimpi yang dilakukannya banyak mengaitkan ayat-ayat Al-Quran, dan Hadis Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, di samping pengalamannya dalam menafsirkan mimpi. 

Kebanyakan tafsiran mimpinya menjadi kenyataan dan bersesuaian dengan realiti yang terjadi. Sebagai contoh Hasan Basri pernah bermimpi menulis ayat Al-Quran pada kain. Setelah bangun dari tidurnya, beliau menceritakan mimpinya itu kepada Ibnu Sirin. Mendengar hal demikian, Ibnu Sirin berkata; "Takutlah kepada Allah, jangan tafsirkan Al-Quran mengikut pendapatmu sendiri kerana mimpimu itu menunjukkan bahawa engkau pernah berbuat demikian." Hasan Basri pun mengakui apa yang telah dikatakan oleh Ibnu Sirin itu.

Sehubungan itu, buku ini juga turut memuatkan berbagai jenis tafsiran mimpi, sama ada mimpi yang jarang berlaku kepada orang awam, mahupun mimpi yang sering berlaku kepada orang awam. Topik-topik yang terdapat di dalamnya, terbahagi kepada 29 bab. Untuk mengetahuinya, dapatkan buku berkenaan di kedai-kedai buku berhampiran anda.

BUKU MUKJIZAT ISRA' & MI'RAJ


Buku ini adalah karangan asal Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi yang bertajuk "معجرة الإسراء والمعراج" dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh H. Suhendri Irandi. Di samping itu, buku ini juga telah ditahqiq oleh Ahmad Za'bi dan diterbitkan oleh Jasmin Publications. Topik-topik dalam buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian :

BAHAGIAN PERTAMA :

  • Sebelum Peristiwa Isra' Mi'raj
  • Setiap Nabi Ada Mukjizat
  • Mengapa Peristiwa Itu Bersifat Ghaib?
  • Dari Makkah Ke Baitul Maqdis
  • Ayat-Ayat Kebesaran Allah Di Langit
BAHAGIAN KEDUA :
  • Falsafah Isra'
  • Falsafah Mi'raj
BAHAGIAN KETIGA :
  • Pendahuluan
  • Peristiwa Isra' Dan Mi'raj
  • Hakikat Peritiwa Isra' Mi'raj
  • Sejarah Peristiwa Isra' Mi'raj
  • Hikmah Di Balik Peristiwa
  • Peristiwa Isra' Dan Mi'raj
  • Peristiwa Mi'raj
  • Pertemuan Rasul SAW Dengan Para Nabi
  • Nabi SAW Di Langit Ketujuh
  • Apakah Nabi SAW Melihat Tuhannya?
  • Islam Adalah Agama Fitrah
*Bagus untuk dibaca oleh setiap individu. Harganya cuma RM15 sahaja. Boleh dapatkan di mana-mana kedai buku. Sama-samalah kita memupuk minat membaca, khususnya di kalangan anak murid kita. Dedahkan kepada mereka bahan-bahan ilmiah sebegini. Mudah-mudahan, bahan-bahan sebegini menjadi inspirasi hidup bertakwa bagi mereka.