Pages

29 December 2014

MODUL TRANSISI TAHUN 1

MUAT TURUN MODUL TRANSISI BAHASA ARAB TAHUN 1


(MODUL GURU)
Klik sini untuk memuat turun modul transisi bahasa arab tahun 1.

(MODUL MURID)
Klik sini untuk memuat turun modul transisi bahasa arab tahun 1.

26 December 2014

MUAT TURUN DOKUMEN PERTANDINGAN MTQSS 2015


MUAT TURUN DOKUMEN PERTANDINGAN MTQSS 2015


Klik sini untuk memuat turun dokumen pertandingan MTQSS 2015.

22 December 2014

20 December 2014

MUAT TURUN RPT KSSR TAHUN 2015



  • Klik sini untuk memuat turun RPT KSSR Bahasa Arab Tahun 5.
  • Klik sini untuk memuat turun RPT KSSR Pendidikan Islam Tahun 5.

28 October 2014

TAKLIMAT DATA E-PELAPORAN j-QAF BERSEPADU (OKTOBER 2014)



TAKLIMAT DATA E-PELAPORAN j-QAF BERSEPADU (OKTOBER 2014)

Hari : Isnin
Tarikh : 27 Oktober 2014
Masa : 11.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : PKG Sungai Limau.









25 October 2014

PERINCIAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2015


PERINCIAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2015



23 October 2014

KURSUS i-THINK ONLINE (PROGRAM LATIHAN GURU i-THINK MENGENAI PROSES BERFIKIR)


KURSUS i-THINK ONLINE 
(PROGRAM LATIHAN GURU i-THINK MENGENAI PROSES BERFIKIR)

~SUDAH SELESAI SEPENUHNYA KURSUS i-THINK ONLINE~



 

14 October 2014

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 (BAHASA ARAB KERTAS 2 & JAWI)


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 (BAHASA ARAB KERTAS 2 & JAWI)

TAHUN 1, 2, 3, 4 & 5

HARI : SELASA
TARIKH : 14 OKTOBER 2014

MASA : 
8.40 PAGI - 9.40 PAGI (JAWI) / BAHASA ARAB (9.40 PAGI - 10.40 PAGI)












04 October 2014

APLIKASI i-THINK DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

   Contoh-contoh peta i-Think yang telah dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) Bahasa Arab. Murid-murid SK Laguna Merbok mengulangkaji pelajaran menggunakan alat berfikir i-Think (peta bulatan / peta buih) sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan diadakan pada 14 Oktober 2014 (PKSR 2 Bahasa Arab - Ujian Bertulis). 

   Alhamdulillah, proses ulangkaji pelajaran menjadi lebih mudah, ringkas dan cepat. Mudah mengingat kalimah-kalimah arab dalam setiap tajuk yang dipelajari. Begitu juga halnya dengan qawaid-qawaid arab yang terdapat dalam tajuk-tajuk tertentu seperti isim isyarah, dhamir munfasil, dhamir muttasil, alif lam asy-syamsiah, alif lam al-qamariah, jamak taksir, jamak muzakkar, jamak muannas, huruf mad dan harakat-harakatnya serta berbagai-bagai lagi. 

  Pengaplikasian peta-peta i-Think ini sedikit sebanyak dapat membantu mencetuskan kreativiti dan inovasi murid dalam proses pembelajaran mereka. Sekali gus, meningkatkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 

  Murid-murid juga tidak merasa beban untuk mengulangkaji pelajaran, khususnya murid-murid sederhana dan lemah. Mereka merasa lebih seronok, malahan ada juga dalam kalangan murid-murid yang lemah, yang melibatkan diri secara aktif dalam kelas melakarkan peta-peta berkenaan mengikut kreativiti masing-masing. Akhirnya, pdp berjaya dilaksanakan dengan jayanya kerana ia lebih berpusatkan murid. 

   Inilah yang kita cuba terapkan dalam pdp, di mana kita perlu melibatkan murid-murid dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas. Pelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, agar objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Murid-murid juga lebih seronok belajar, di samping bergiat aktif dalam kelas kerana guru mengaplikasikan berbagai-bagai kaedah yang menarik untuk memberi peluang kepada mereka melibatkan diri secara langsung dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Akhirnya, murid-murid minat dengan subjek Bahasa Arab. 

   Terungkailah segala persepsi negatif murid-murid tentang subjek Bahasa Arab merupakan satu subjek yang susah. Persepsi negatif mereka selama ini telah pun bertukar menjadi positif dengan menganggap bahawa mempelajari Bahasa Arab sangat mudah dan cepat. 

   Pendekatan sebeginilah yang perlu guru-guru Bahasa Arab aplikasikan dalam rangka menarik minat murid-murid mempelajari Bahasa Arab. Seterusnya dapat merungkai segala persepsi negatif murid terhadap subjek Bahasa Arab sebagaimana yang telah disebutkan sebentar tadi.















16 September 2014

APLIKASI BAHASA ARAB VERSI ANDROID



      Masya-Allah, 12 aplikasi Bahasa Arab versi android yang terpapar di bawah sangat membantu anak-anak dalam mempelajari Bahasa Arab, di samping dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap 4 kemahiran asas Bahasa Arab seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Alhamdulillah. 
   Aplikasi sebegini juga dapat membantu murid-murid dalam rangka mempraktikkan pembelajaran Bahasa Arab di rumah. Boleh juga digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kelas.
      Muat turun dan praktikkan bersama anak-anak kita di rumah. Insya-Allah, anak-anak mampu bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab mudah sekiranya diberi pendedahan awal di usia kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh mempelajarinya.
   Saya sudah memuat turun aplikasi ini. Percuma sahaja. Anda pula bagaimana?

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM j-QAF 2014 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN


TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM j-QAF 2014 
PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

HARI : ISNIN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2014
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG

TEMPAT : 
BILIK MESYUARAT UTAMA, SK LAGUNA MERBOK, BANDAR LAGUNA MERBOK, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

TAKLIMAT DISAMPAIKAN OLEH :

TN. HJ. ZULKIFLI BIN GHOZALI, PENOLONG PENGARAH KANAN j-QAF, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

PEGAWAI YANG TERLIBAT :
PEGAWAI KHAS j-QAF SELURUH DAERAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN.