Masya-Allah, 12 aplikasi Bahasa Arab versi android yang terpapar di bawah sangat membantu anak-anak dalam mempelajari Bahasa Arab, di samping dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap 4 kemahiran asas Bahasa Arab seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Alhamdulillah.
Aplikasi sebegini juga dapat membantu murid-murid dalam rangka mempraktikkan pembelajaran Bahasa Arab di rumah. Boleh juga digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kelas.
Muat turun dan praktikkan bersama anak-anak kita di rumah. Insya-Allah, anak-anak mampu bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab mudah sekiranya diberi pendedahan awal di usia kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh mempelajarinya.
Saya sudah memuat turun aplikasi ini. Percuma sahaja. Anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment