Pages

24 August 2014

MAHRAJAN j-QAF 2014 (PERINGKAT ZON B) DAERAH KUALA MUDA / YAN :


MAHRAJAN j-QAF 2014 (PERINGKAT ZON B) DAERAH KUALA MUDA / YAN :

HARI : SABTU
TARIKH : 24 OGOS 2014
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : SK LAGUNA MERBOK.

VIP YANG HADIR :

1). USTAZ AZIZAN BIN IBRAHIM (PENOLONG PEGAWAI UNIT PENDIDIKAN ISLAM, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA / YAN).

2). USTAZ ZULKIFLI BIN GHOZALI (PENOLONG PENGARAH KANAN j-QAF, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH).

Gambar 1 :
Pendaftaran dan undian para peserta Mahrajan j-QAF 2014 Peringkat Zon B Daerah Kuala Muda / Yan.


Gambar 2 :
Para juri hakim pertandingan Hiwar sedang mengadili para peserta yang membuat persembahan.


Gambar 3 :
3 orang peserta pertandingan Hiwar sedang membuat persembahan bertemakan jual-beli buah-buahan.


Gambar 4 :
Ustaz Akmal Hizam selaku Ketua Jemaah Hakim sedang bertungkus-lumus menyemak dan menyiapkan keputusan penuh bagi semua acara yang dipertandingkan.


Gambar 5 :
Para juri hakim pertandingan Kalam Jamaie sedang mengadili persembahan para peserta Kalam Jamaie dari berbagai sekolah di peringkat zon b.


Gambar 6 :
Salah seorang "conductor" yang kelihatan penuh bergaya ketika memimpin dan mengendalikan persembahan pasukan Kalam Jamaie sekolahnya.


Gambar 7 :
Salah sebuah sekolah di peringkat zon b yang sedang membuat persembahan Kalam Jamaie di hadapan para juri hakim dan penonton yang hadir.


Gambar 8 :
Para juri hakim kategori Tilawah Al-Quran sedang mengadili bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim yang diperdengarkan oleh para peserta.


 Gambar 9 :
Salah seorang peserta Tilawah Al-Quran kategori perempuan sedang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.


Gambar 10 :
Salah seorang peserta Tilawah Al-Quran kategori lelaki sedang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.


Gambar 11 :
Para penonton yang terdiri dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid sedang mengambil tempat di ruang serbaguna SK Laguna Merbok untuk Majlis Perasmian Mahrajan j-QAF 2014 Peringkat Zon B.


Gambar 12 :
Ustazah Mimiza telah diberi tugas sebagai pengacara majlis bagi mempengerusikan Majlis Perasmian Mahrajan j-QAF 2014 Peringkat Zon B bertempat di Ruang Serbaguna, SK Laguna Merbok.


Gambar 13 :
Hadiah-hadiah yang disediakan untuk para pemenang bagi semua acara yang dipertandingkan dalam Mahrajan j-QAF 2014 kali ini.


Gambar 14 :
Cikgu Ghazali Bin Said, Guru Besar SK Laguna Merbok.


Gambar 15 :
Dari kiri : Ustaz Zulkifli Bin Ghozali, Penolong Pengarah Kanan j-QAF, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ustaz Azizan Bin Ibrahim, Penolong Pegawai Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan.


Gambar 16 :
Dari kiri : Cikgu Ghazali, Ustaz Zulkifli (Pegawai j-QAF, SPI, JPNK yang baharu) dan Ustaz Azizan.


Gambar 17 :
Bacaan doa pembukaan oleh Ustaz Mutalib.


Gambar 18 :
Ustaz Akmal selaku Ketua Jemaah Hakim sedang memberi ulasan bagi setiap acara yang dipertandingkan sempena Mahrajan j-QAF 2014 Peringkat Zon B kali ini.


Gambar 19 :
Majlis Perasmian Mahrajan j-QAF 2014 Peringkat Zon B kali ini telah disempurnakan oleh Ustaz Azizan Bin Ibrahim, selaku Penolong Pegawai Unit Pendidikan Islam, Daerah Kuala Muda / Yan.


Gambar 20 :
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang sempena Mahrajan j-QAF 2014 Peringkat Zon B kali ini telah disempurnakan oleh Ustaz Zulkifli Bin Ghozali, selaku Penolong Pengarah Kanan j-QAF, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.