Pages

16 July 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE-26 TAHUN 2012




KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE-26 TAHUN 2012

Hari : Rabu
Tarikh : 27 Jun 2012
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Padang SK Gurun (P).


Gambar 1 :
Acara perbarisan dan tabik hormat yang diwakili oleh kontinjen-kontinjen rumah sukan masing-masing sempena Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26, tahun 2012.



Gambar 2 :
Bacaan doa pembukaan majlis yang dibaca oleh adik Ikmal Hakim Bin Rosagan.


Gambar 3 :
Bacaan lafaz ikrar yang dipimpin oleh adik Muhd Aiman Bin Nadzari, yang juga merupakan ketua pengawas SK Gurun (P) sesi 2012.


Gambar 4 :
Ucapan perasmian pembukaan Majlis Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 telah disempurnakan oleh Dr. Leong, YB Ahli Parlimen Jerai.

Gambar 6 :
Kelihatan berbagai maskot dan kostum yang telah diperagakan oleh setiap rumah sukan sempena kejohanan balapan & padang kali ini.


 Gambar 7 :
Para hakim dan petugas acara balapan & padang yang penuh komited dalam menjayakan acara kejohanan sukan pada kali ini.


 Gambar 8 :
Acara-acara yang telah berlangsung sempena kejohanan sukan kali ini iaitu 100M, 200M, 4X100M, 4X200M & tarik tali.


 Gambar 9 :
Para waris yang hadir turut melibatkan diri dalam acara melontar span getah pada hari kejohanan berkenaan.


 Gambar 10 :
Nur Fatahiah telah dinobatkan sebagai Olahragawati sesi 2012, manakala Muhd Azman pula telah dinobatkan sebagai olahragawan sesi 2012.


 Gambar 11  :
Detik penantian yang penuh debaran bagi keempat-empat buah rumah sukan yang sedang menantikan pengumuman dari pengacara majlis untuk johan keseluruhan 2012 bagi acara Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 ini.


 Gambar 12  :
Akhirnya, rumah wira telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada kejohanan balapan & padang kali ke-26 ini.


Gambar 14  :
Ucapan perasmian penutup sempena Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 ini telah disempurnakan oleh Cikgu Mislan Bin Mat, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Gurun (P).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.