Pages

02 November 2011

KEM BINA JUARA (j-QAF) 2011



..::KEM BINA JUARA (j-QAF)::..
Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan Tahun 2011M/1432H

Hari : Khamis
Tarikh : 3 November 2011
Masa : 8.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : SK Gurun (P).
Penglibatan :

1). 48 buah sekolah
2). 34 orang guru sebagi fasilitator (Bahasa Arab, Al-Quran & Jawi/Khat)
3). 6 orang urus setia




BUKU PROGRAM KEM BINA JUARA (j-QAF)
Gambar 1 :
Sesi pendaftaran para peserta & urus setia Kem Bina Juara (j-QAF), Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Muda/Yan Tahun 1432h/2011M.

Gambar 2 :
Ustaz Othman & Ustaz Thobry sedang mengendalikan LDK Tahsin & Taranum Al-Quran.


Gambar 3 :
Ustaz Azhar sedang mengendalikan LDK Hiwar, sambil diperhatikan salah seorang murid india yang turut sama melibatkan diri dalam aktiviti Hiwar pada Kem Bina Juara kali ini.


Gambar 4 :
Ustaz Akmal Hizam selaku fasilitator Bahasa Arab sedang memberikan latihan intensif kepada para peserta Hiwar.


Gambar 5 :
Ustazah Faizah & Ustazah Mimiza selaku fasilitator Jawi/Khat sedang menjalankan aktiviti intensif penulisan khat/jawi untuk memilih salah seorang peserta terbaik bagi mewakili Daerah Kuala Muda/Yan.


Gambar 6 :
Salah seorang peserta Hikayah sedang membuat persembahan sambil dinilai persembahanya oleh 2 orang fasilitator Bahasa Arab.

Gambar 7 :
Majlis pembukaan turut diserikan dengan alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran Al-Karim, yang disampaikan oleh peserta Tahsin & Tilawah Al-Quran dari SK Seri Aman.
 
Gambar 8 :
Para tetamu VIP yang turut hadir meraikan program Kem Bina Juara (j-QAF) peringkat Daerah Kuala Muda/Yan yang diadakan di SK Gurun Pusat.


Gambar 9 :
Para guru pengiring & fasilitator yang turut bekerjasama dalam menjayakan program Kem Bina Juara kali ini. Tahniah & syabas diucapkan kepada anda semua.

 
Gambar 10 :
Para peserta Kem Bina Juara (j-QAF) sedang mendengar ucapan perasmian yang disampaikan oleh Tn. Hj. Radzi, bertempat di Dewan Asy-Syifa', SK Gurun Pusat.

Gambar 11 :
Salah seorang peserta Hikayah sedang membuat persembahan sempena Majlis Perasmian Penutup, bertempat di Dewan Asy-Syifa', SK Gurun Pusat.


Gambar 12 :
2 orang peserta Hiwar dari SK Sungai Lalang sedang membuat persembahan sempena Majlis Perasmian Penutup Kem Bina Juar (j-QAF) 2011, bertempat di Dewan Asy-Syifa', SK Gurun Pusat. Salah seorang daripadanya adalah murid india, yang juga berdialog dengan rakannya dalam Bahasa Arab.


Gambar 13 :
Cikgu Johari selaku Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Gurun (P) sedang menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para peserta Kem Bina Juara (j-QAF) pada kali ini, sambil ditemani Ustaz Jamalluddin, selaku Pegawai Khas j-QAF Kuala Muda/Yan.


Gambar 14 :
Tn. Hj. Radzi selaku Guru Besar SK Aman Jaya sedang menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para peserta Kem Bina Juara (j-QAF), sambil ditemani Ustaz Jamalluddin, selaku Pegawai Khas j-QAF Kuala Muda/Yan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.