Pages

17 October 2011

KURSUS KSSR & PBS BAHASA ARAB TAHUN 2


KURSUS KSSR & PBS BAHASA ARAB TAHUN 2
(PELAKSANAAN 2012)

..::KUMPULAN 2::..

Hari : Ahad - Khamis
Tarikh : 16 - 20 Oktober 2011
Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Semeling

Pegawai-pegawai PPD Kuala Muda/Yan yang turut hadir dalam seminar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) & Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahasa Arab Tahun 2 :

1. Ustaz Azizan Bin Ibrahim (Penolong Pegawai PPDKMY)
2. Ustaz Jamalluddin Bin Hj. Said (Pegawai Khas j-QAF PPDKMY)

Jurulatih-jurulatih utama kebangsaan yang terlibat memberikan taklimat pendedahan KSSR & PBS Bahasa Arab Tahun 2 :

1. Ustaz Mohamad Syahmi Bin Harun (SK Gurun Pusat)
2. Ustaz Amir Bin Mohd Nason (SK Tunku Ismail)
3. Ustazah Rohaiza Binti Said (SK Bandar Baru Sungai Lalang)
4. Ustazah Rahayu Binti Ayub (SK Tikam Batu)

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah sebanyak 42 buah sekolah. Seorang guru j-QAF Bahasa Arab yang mewakili sekolah-sekolah berkenaan, diwajibkan hadir ke kursus KSSR ini selama 5 hari berturut-turut, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kursus KSSR kali ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Semeling. Alhamdulillah, pelaksanaan kursus berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah. Bilik kursus yang disediakan pun sangat memuaskan, di samping penyediaan makan minum yang amat menyelerakan. Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah yang menyediakan kelengkapan & kemudahan-kemudahan berikut. Tahniah & syabas juga diucapkan kepada para peserta kursus di atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan sepanjang pelaksanaan kursus kali ini.
Pengisian Kursus KSSR & PBS Bahasa Arab Tahun 2 :

1). Taklimat Umum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

2). Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

3). Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

4). Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Bahasa Arab Tahun 2

5). 4 Kemahiran Bahasa : Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis

6). Taklimat Buku Teks Bahasa Arab Tahun 2 Kegunaan 2012

7). Taklimat Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Tahun 5 KBSR (2012)

8). Taklimat Penggunaan Buku Teks Bahasa Arab Tahun 5 KBSR (2012)

9). Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1 KSSR (edisi kemaskini)

10). Aplikasi Penggunaan Lughatul Fasli dalam proses p&p Bahasa Arab

11). Seni Persembahan/Penyampaian Bahasa dalam proses p&p Bahasa Arab

12). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR

13).
Dokumen Standard Prestasi (DSP) Bahasa Arab Tahun 2

14). Taklimat Umum Penjaminan Kualiti dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

15). Taklimat Umum Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Aplikasi Online Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.