Pages

19 November 2009

UPSR 2009


19 November 2009 - Kegembiraan dan kesedihan tergambar di wajah murid-murid tahun 6 sebaik sahaja keputusan peperiksaan UPSR 2009 diumumkan oleh Cikgu Rohani di dewan baru SK Gurun (P). Seramai 18 orang murid yang telah berjaya mendapat keputusan 5A. 13 murid perempuan dan 5 murid lelaki. Sehubungan itu, pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat keputusan 5A. Manakala yang tidak berjaya mendapat 5A, jangan berputus asa. Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamamanya. Apapun, kuatkan azam dan teruskan usaha anda, agar anda mampu meraih kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan, Insya-Allah. Di samping itu, pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru SK Gurun (P) yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun mempersiapkan murid-murid, baik dari segi rohani, mental mahupun jasmani bagi menempuh dan menghadapi peperiksaan UPSR 2009 ini. Begitu juga, sokongan dan dorongan yang kuat yang telah diberikan oleh Tn. Hj. Ridzuan Bin Hj. Husein, selaku Guru Besar SK Gurun (P) dalam rangka memastikan murid-murid meraih keputusan yang cemerlang pada tahun ini. Alhamdulillah, berkat usaha guru-guru, di samping kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam pelajaran, akhirnya seramai 18 orang murid telah berjaya meraih keputusan 5A pada tahun ini. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada mereka semua.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.