..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN.

..::MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM::..



MUAT TURUN MUSHAF AL-QURAN AL-KARIM :
MUSHAF AL-QURAN TAJWID BESERTA TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN TAHUN 1443H

..::GALERI ALBUM PANITIA BAHASA ARAB SKBLM::..

                                                                                                                                                                                                                   

PENDEKATAN BEYBLADE BURST TARIK MINAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAJARI BAHASA ARAB DENGAN LEBIH SANTAI, SERONOK DAN TERHIBUR



HARIAN METRO ONLINE :
BEYBLADE BURST LONJAK SEMANGAT BELAJAR MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH
SEMINAR PINTAR BESTARI BAHASA ARAB 2022
BERSAMA DR. ABD RAZAK ABU CHIK (DR. ARABIC) KHUSUS UNTUK MURID SKBLM

.::(SABTU, 6 OGOS 2022)::.

.::BERSAMA MEMARTABAT & MEMPERKASAKAN BAHASA AL-QURAN.::.

..::MAKLUMAN TERKINI::..

Blog ini telah dikemaskini pada 16 April 2022.


.::Aktiviti Panitia Bahasa Arab SK Bandar Laguna Merbok Tahun 2022::.

Seminar Pintar Bestari Bahasa Arab 2022 Bersama Dr. Arabic.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 6 Ogos 2022.
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari.

Tempat :
Dewan Serbaguna SK Bandar Laguna Merbok.


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab Peringkat Sekolah Tahun 2022.

Hari : Ahad.
Tarikh : 23 Oktober 2022.
Masa : 7.45 Pagi - 8.15 Pagi.
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Bandar Laguna Merbok.


Bengkel Digital Classroom Panitia Pendidikan Islam/Bahasa Arab SKBLM Tahun 2022.

Hari : Sabtu.
Tarikh : 5 November 2022.
Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari.
Tempat : Bilik Bestari j-QAF SK Bandar Laguna Merbok.


Klik sini :
Telegram Rasmi Ustaz Syahmi Beyblade (USB)


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Pendidikan Islam


Klik sini :
Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab

PENGUNJUNG SETIA BLOG RASMI MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN (GBA SK LAGUNA MERBOK)

16 July 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE-26 TAHUN 2012




KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE-26 TAHUN 2012

Hari : Rabu
Tarikh : 27 Jun 2012
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Padang SK Gurun (P).


Gambar 1 :
Acara perbarisan dan tabik hormat yang diwakili oleh kontinjen-kontinjen rumah sukan masing-masing sempena Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26, tahun 2012.



Gambar 2 :
Bacaan doa pembukaan majlis yang dibaca oleh adik Ikmal Hakim Bin Rosagan.


Gambar 3 :
Bacaan lafaz ikrar yang dipimpin oleh adik Muhd Aiman Bin Nadzari, yang juga merupakan ketua pengawas SK Gurun (P) sesi 2012.


Gambar 4 :
Ucapan perasmian pembukaan Majlis Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 telah disempurnakan oleh Dr. Leong, YB Ahli Parlimen Jerai.

Gambar 6 :
Kelihatan berbagai maskot dan kostum yang telah diperagakan oleh setiap rumah sukan sempena kejohanan balapan & padang kali ini.


 Gambar 7 :
Para hakim dan petugas acara balapan & padang yang penuh komited dalam menjayakan acara kejohanan sukan pada kali ini.


 Gambar 8 :
Acara-acara yang telah berlangsung sempena kejohanan sukan kali ini iaitu 100M, 200M, 4X100M, 4X200M & tarik tali.


 Gambar 9 :
Para waris yang hadir turut melibatkan diri dalam acara melontar span getah pada hari kejohanan berkenaan.


 Gambar 10 :
Nur Fatahiah telah dinobatkan sebagai Olahragawati sesi 2012, manakala Muhd Azman pula telah dinobatkan sebagai olahragawan sesi 2012.


 Gambar 11  :
Detik penantian yang penuh debaran bagi keempat-empat buah rumah sukan yang sedang menantikan pengumuman dari pengacara majlis untuk johan keseluruhan 2012 bagi acara Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 ini.


 Gambar 12  :
Akhirnya, rumah wira telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada kejohanan balapan & padang kali ke-26 ini.


Gambar 14  :
Ucapan perasmian penutup sempena Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-26 ini telah disempurnakan oleh Cikgu Mislan Bin Mat, Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Gurun (P).

24 June 2012

SUKAN : (SARINGAN ACARA BALAPAN) 2012


SARINGAN ACARA BALAPAN SESI 2012

Hari : Khamis
Tarikh : 21 Jun 2012
Tempat : Padang SK Gurun (P). 

Acara yang dipertandingkan :


  • Larian 100M
  • Larian 200M
  • Larian 4x100M
  • Larian 4x200M









 
 
 




















21 May 2012

E-LAPORAN j-QAF 2012


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MEMUAT TURUN SOFTWARE E-LAPORAN j-QAF 2012 (Versi 12).

  1. e-Satu, e-Dua & e-Sekolah
  2. e-Tiga, e-Empat, e-Lima & e-Enam

29 April 2012

MAJLIS PERSARAAN PN. NOORIZAH BINTI HASHIM



:: MAJLIS PERSARAAN ::

(Pn. Noorizah Binti Hashim)

Hari : Khamis
Tarikh : 26 April 2012
Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari

Tempat :
Dewan Asy-Syifa' SK Gurun (P).

Gambar 1 :
Majlis persaraan Pn. Norizah Binti Hashim sedang dipengerusikan oleh Cikgu Razlan. Turut hadir sama pada majlis berkenaan iaitu Tn. Hj. Salleh, selaku YPD PIBG SK Gurun (P) sesi 2012/2014.




Gambar 2 :
Majlis persaraan Pn. Norizah Binti Hashim yang telah diraikan dengan penuh gemilang oleh semua warga SK Gurun (P). Kelihatan raut wajahnya yang bercampur-baur perasaan sedih dan gembira kerana ingin menamatkan perkhidmatannya di SK Gurun (P), sekali gus meninggalkan semua warga sekolah buat selama-lamanya.




Gambar 3 :
Kelihatan dari kanan ; Cikgu Johari (Guru Penolong Kanan Kokurikulum), Cikgu Mislan (Guru Penolong Kanan Kurikulum), Tn. Hj. Salleh (YDP PIBG sesi 2012/2014) dan Pn. Noorizah Binti Hashim.




Gambar 4 :
Majlis persaraan Pn. Noorizah Binti Hashim turut diraikan oleh semua murid sekolah sebagai penghormatan terakhir buat guru mereka yang tercinta.




Gambar 5 :
Guru-guru SK Gurun (P) yang turut meraikan rakan sejawat mereka yang bersara pada hari berkenaan.




Gambar 6 :
Cikgu Mislan selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum sedang menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Persaraan Pn. Noorizah Binti Hashim.




Gambar 7 :
Cikgu Zamri sedang menyampaikan biodata Pn. Noorizah Binti Hashim sempena majlis persaraan beliau pada hari berkenaan.




Gambar 8 :
Kek sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran Pn. Noorizah Binti Hashim yang turut diraikan semasa majlis persaraan beliau pada hari berkenaan.




Gambar 9 :
Persembahan sajak yang disampaikan oleh Ikmal Hakim, murid tahun 6 Sukses.




Gambar 10 :
Pn. Noorizah Binti Hashim sedang menyampaikan ucapan perpisahahan terakhir buat dirinya untuk semua warga SK Gurun (P).




Gambar 11 :
Pn. Noorizah Binti Hashim sedang memotong kek sempena hari ulang tahun kelahiran beliau pada hari berkenaan.




Gambar 12  :
Majlis penyampaian cenderahati kepada Pn. Noorizah Binti Hashim sempena persaraan beliau.




Gambar 13  :
Sesi bergambar guru-guru (P) SK Gurun bersama Pn. Noorizah Binti Hashim.




Gambar 14  :
Sesi bergambar Pn. Noorizah Binti Hashim bersama anak-anaknya yang turut hadir dalam majlis persaraannya di Dewan Asy-Syifa’ SK Gurun (P).




Gambar 15  :
Pn. Noorizah Binti Hashim bersalam-salaman buat kali terakhir bersama dengan seluruh warga SK Gurun (P).




Gambar 16  :
“Punch Card” terakhir sebelum bersara.